Skip to main content

Hiburan

Babak Dalam ‘Bulan Henti Bicara’ Tular, Eyra Rahman Mohon Maaf - “Kami Pun Tak Sempurna…”

Eyra Rahman

Sekilas

  • Pengarah Eyra Rahman mengaku pihak produksi terlepas pandang babak watak Amira yang koma tetapi tiba-tiba bergerak dalam drama Bulan Henti Bicara.
  • Eyra memohon maaf dan berharap penonton fokus pada keseluruhan 28 episod, bukan kesilapan kecil yang berlaku.
  • Komen netizen membantu produksi sedar kekurangan tersebut, dan Eyra tidak menyalahkan mana-mana pihak atas kesilapan itu.
Advertisement

Pengarah Eyra Rahman mengakui kekhilafan pihak produksi tidak sengaja membiarkan salah satu babak dalam Bulan Henti Bicara ditayangkan yang tular baru-baru ini. 

 

Advertisement

Menurut Eyra, perkara itu berlaku kerana terlepas pandang ketika proses akhir penyuntingan babak Amira lakonan Qistina Rania yang sedang koma kemudian, tiba-tiba dilihat mampu bergerak dan memegang topeng oksigen. 

 

“Saya minta maaf. Kami pun tidak sempurna dan ada kekhilafan sendiri yang terlepas pandang. Cuma saya minta lihat yang sempurna dan tidak tengok kesalahan yang sedikit itu.

Advertisement

 

“Kalau 28 episod tetapi kantoi hanya satu atau dua babak, jangan pandang ke arah itu,” katanya kepada Gempak.

 

Eyra berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada Watchparty drama Bulan Henti Bicara yang diadakan di Lamanz D Putra, Putrajaya pada Rabu.

 

Berkongsi lanjut, Eyra mengakui komen penonton di media sosial membantu pihak produksi menyedari kekurangan yang berlaku dalam drama tersebut.

 

“Kami bukan sengajakan tetapi terlepas pandang. Kadang-kadang masa yang ada sangat crucial dan ada submission, benda-benda begitu.

 

“Masa baca komen netizen, ia buat kami sedar. Waktu nak submit memang tak perasan. Walaupun sudah tengok banyak kali, kadang-kadang terlalu fokus pada perkara lain sampai terlupa babak yang viral itu,” jelasnya.

 

Bagaimanapun, dia tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak dan mengambil perkara tersebut sebagai kekurangan daripada pihak produksi sendiri.

 

“Sebenarnya itu bukan rakaman yang bagus waktu terbuka mask, sepatutnya boleh guna shot lain. Tapi saya tak salahkan mana-mana pihak kerana saya akui itu salah daripada kami,” ujarnya.

 

Sebelum ini, tular di media sosial selepas penonton menyedari babak watak Amira yang sedang koma, namun tiba-tiba dilihat mampu bergerak dan memegang topeng oksigen.

 

Babak tersebut mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan penonton yang mempersoalkan bagaimana watak berkenaan boleh bergerak dalam keadaan masih tidak sedarkan diri.

 

Selain babak tersebut, terdapat juga beberapa adegan lain yang dianggap pelik oleh penonton sehingga menimbulkan persoalan sama ada pihak produksi terlepas pandang ketika proses penyuntingan sebelum drama itu ditayangkan.

Anda mungkin berminat dengan

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

Must Watch Video

Advertisement