Skip to main content

Hiburan

Babak Dukung Hannah Delisha Dalam The Hidden Hand, Meerqeen: “Itu Permintaan…” 

Babak Dukung Hannah Delisha Dalam The Hidden Hand, Meerqeen: “Itu Permintaan…” 

Sekilas

  • Meerqeen jelaskan babak mendukung Hannah Delisha dalam siri The Hidden Hand adalah berdasarkan skrip dan persetujuan semua pihak terlibat.
  • Pelakon itu akui berhati-hati dengan babak tersebut kerana risau ia mencetuskan pelbagai reaksi dan kaitan dengan kehidupan peribadi.
  • The Hidden Hand adalah siri seram Viu Original pertama yang menggabungkan elemen supernatural, thriller dan cerita rakyat Melayu, ditayangkan secara eksklusif sejak 22 September lalu.
Advertisement

Pelakon, Meerqeen menjelaskan mengenai babak dirinya mendukung Hannah Delisha dalam siri The Hidden Hand (Dia Perempuan Sialan) yang mencuri perhatian penonton.

Menurut Meerqeen, adegan berkenaan dilakukan berdasarkan keperluan skrip dan arahan pengarah, selain sudah mendapat persetujuan daripada pihak yang terlibat.

Advertisement

“Itu permintaan skrip dan juga pengarah. Kalau nak dibahas tentang logik, saya rasa kalau isteri saya yang betul-betul pun saya akan buat benda yang sama juga.

“Saya buat demikian dengan persetujuan masing-masing, dengan saya, dengan pengarah dan juga Hannah. Saya rasa lakonan semuanya berdasarkan logik, betul?

“Jadi, kami buat babak mengikut kehendak skrip dan juga kehendak babak itu memerlukan interaksi sebegitu,” katanya kepada Gempak.

Pada masa sama, Meerqeen menegaskan apa yang dilakukan dalam babak berkenaan adalah sebahagian daripada tanggungjawabnya sebagai seorang pelakon.

“Bagi saya, ini semua adalah sebahagian daripada kerja saya. Saya tak cakap apa yang saya buat itu betul, tapi saya katakan ia mendapat persetujuan antara kedua-dua belah pihak.

“Saya cakap dengan Hannah, adakah okey untuk lakukan dan dia kata okey. Saya rasa logik babak itu dibuat sebegitu,” ujarnya.

Dalam pada itu, Meerqeen mengakui dia sedar adegan berkenaan berpotensi mencetuskan pelbagai reaksi daripada penonton, lebih-lebih lagi apabila dirinya sering dikaitkan dengan kehidupan peribadi dan pasangan.

Justeru, dia memilih untuk berhati-hati ketika menjayakan babak tersebut dan tidak mahu adegan berkenaan dilakukan berulang kali tanpa keperluan.

“Lakonan bukan pasal selesa atau tak selesa. Saya tak wujudkan salah faham dan saya tahu prihatin dengan babak itu. Sebab itu saya cakap pada pengarah, kalau boleh saya tak mahu buat babak ini berulang kali. Maksudnya, itu atas keselesaan saya, bukan siapa-siapa.

“Risau juga sebab saya rasa semua cerita saya orang akan cakap pasal saya dengan pasangan saya. Saya tidaklah terlalu risau, tapi saya berhati-hati. Kalau boleh, saya tak nak kacau momentum dalam lakonan.

“Bagi saya, sebagai pelakon kita kena sentiasa bersedia. Apa pun berlaku, kita kena bersedia,” tambahnya.

Dalam The Hidden Hand (Dia Perempuan Sialan), Meerqeen membawakan watak Syawal, suami kepada Nerina lakonan Hannah Delisha.

Viu, membawa penonton menyelami dunia yang lebih gelap menerusi The Hidden Hand (Dia Perempuan Sialan), siri seram Viu Original pertama yang ditayangkan secara eksklusif di Viu bermula 22 September lalu.

Menggabungkan elemen seram supernatural, thriller dan cerita rakyat Melayu dengan kisah dendam yang mendebarkan, siri 12 episod ini meneroka sisi gelap keluarga, pengkhianatan dan dendam, sekali gus memperkenalkan dimensi baharu dalam penceritaan kandungan original Viu Malaysia.

Berdasarkan idea asal Eirma Fatima, diterbitkan oleh Rumah Karya Citra, ditulis oleh Siti Jasmina Ibrahim dan diarahkan oleh Nur Ain Sharif, The Hidden Hand (Dia Perempuan Sialan) turut dibintangi Hannah Delisha, Caitlin Halderman, Datin Sri Umie Aida, Nadia Aqilah, Farah Ahmad dan Amerul Affendi.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement