Skip to main content

Hiburan

“Baby L, You Are My Biggest Blessing” - Hamil Anak Pertama, Eyka Farhana Syukur Dapat Rasa Nikmat Paling Besar

eyka farhana

Sekilas

  • Pelakon Eyka Farhana bersyukur atas rezeki besar yang diterimanya sepanjang tahun ini.
  • Eyka menganggap kehadiran bayi dalam kandungan sebagai nikmat paling bermakna dalam hidupnya sekarang.
  • Dia turut memohon doa agar perjalanan kehamilan dan kelahiran anak sulungnya, Baby L, dipermudahkan dan sihat sentiasa.

Pelakon Eyka Farhana meluahkan rasa syukur atas rezeki besar yang dikurniakan Allah dalam kehidupannya sepanjang tahun ini.

 

Menerusi perkongsian di Threads, dia menganggap kehadiran bayi dalam kandungan merupakan satu nikmat paling besar yang dirasainya kini. 

 

“Alhamdulillah syukur, 2025-2026 datang dengan begitu indah yang tak pernah saya bayangkan.

 

“Dalam semua rezeki dan kebahagiaan yang Allah beri, satu nikmat paling besar sedang saya rasakan sekarang, Allah hadiahkan saya harta dunia dan akhirat. Di dalam rahim ini, satu nyawa kecil sedang membesar,” kongsinya. 

 

Dalam masa sama, Eyka turut menitipkan doa buat cahaya mata sulungnya yang mesra dipanggil ‘Baby L’.

 

“Baby L, you are my biggest blessing 🤍👼 semoga agar anak ini membesar dengan sihat, dilindungi Allah setiap saat. 

 

“Mohon doakan semoga perjalanan ini dipermudahkan dan segalanya berjalan dengan lancar,” katanya lagi. 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

SKINTIFIC 8-Piece Skincare Set

SKINTIFIC 8-Piece Skincare Set

SKINTIFIC 4-in-1 Day & Night Set

SKINTIFIC 4-in-1 Day & Night Set

Torriden Dive-In Soothing Cream

Torriden Dive-In Soothing Cream

Must-Watch Video

Advertisement