Skip to main content

Viral

Badan Dipenuhi ‘Roh’, Pengulas Sukan Tukar Kerjaya Jadi Dukun

Astro Gempak Park Seo hwi

Sekilas

  • Park Seo hwi, bekas pengulas sukan dan artis Korea Selatan, kini menjalani kehidupan sebagai seorang dukun selepas meninggalkan industri hiburan pada 2013.
  • Peralihan kerjaya itu berlaku selepas dia mengalami mimpi pelik dan masalah kesihatan yang akhirnya disebabkan oleh kepercayaan bahawa badannya ‘dipenuhi roh’.
  • Keputusan menjadi dukun dibuat demi keselamatan keluarga walaupun ia bertentangan dengan latar belakangnya yang berpendidikan tinggi dan berasal dari keluarga senang.

Seorang bekas pengulas sukan dan artis yang memasuki dunia hiburan Korea Selatan pada tahun 2013, Park Seo hwi memberitahu selepas tidak lagi terlibat dengan industri, dirinya menjadi seorang dukun.

Pendedahan itu dibuat sewaktu Seo hwi muncul sebagai tetamu program di MBN, Exclusive World, baru-baru ini, lapor The Chosun Daily.

Seo hwi mengaku kehidupan baharu sebagai seorang dukun sangat asing bagi dirinya namun dia berkorban demi keluarga.

Menurut wanita itu, peralihan karier daripada seorang pengulas sukan dan selebriti berubah kepada dukun selepas dirinya sering mengalami mimpi pelik selain badannya seperti dipukul dengan kesan merah gatal muncul di seluruh badan.

“Saya tidak boleh tidur dan hilang sehingga 10 kilogram. Badan saya sakit seperti dipukul dengan banyak kesan merah gatal muncul.

“Saya juga mendapatkan suntikan untuk mengatasi masalah ini namun tidak ada perubahan. Akhirnya saya mendapatkan pandangan tukang tilik dan dimaklumkan badan ‘dipenuhi roh’ dan perlu mengorbankan diri dengan menjadi dukun demi keselamatan ahli keluarga yang lain,” ceritanya.

Mengaku keputusan yang diambil adalah sukar namun dia lebih menyayangi keluarga dan bimbang tentang keselamatan mereka.

“Sewaktu saya meninggalkan Arirang TV pada episod akhir, semua orang ingat saya akan meneruskan karier dengan lebih tinggi. Hakikatnya itu adalah penampilan terakhir saya sebagai ‘orang televisyen’,” katanya lagi.

Ironi, Seo hwi lahir dalam keluarga yang senang dan mendapat pendidikan baik termasuk merupakan graduan salah satu universiti terbaik iaitu K University.

Dukun wanita dalam kepercayaan masyarakat Korea bertindak sebagai perantara antara dunia manusia dan dunia dewa atau roh.

Kisah dukun pernah dipaparkan dalam filem Exhuma pada tahun 2024.

Anda mungkin berminat dengan

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

Must-Watch Video

Advertisement