Skip to main content

Hiburan

Badan Semakin Susut, Hadie Amal ‘Cut Sugar’ Demi Kualiti Suara - “Kali Terakhir Timbang Berat Saya 55KG”

Hadie

Sekilas

  • Hadie jelaskan perubahan fizikalnya yang semakin susut disebabkan pengambilan gula yang lebih terkawal sejak hampir setahun lalu demi menjaga kualiti vokalnya.
  • Dia mengamalkan minum air kosong dan makan tidak teratur, serta mengurangkan gula kerana makanan manis boleh merosakkan suaranya.
  • Hadie tekankan usaha menjaga suara bukan kerana jadual persembahan padat, tetapi untuk memberikan persembahan terbaik walaupun perlu jadi kurus sedikit.
Advertisement

Penyanyi, Hadie tampil menjelaskan mengenai perubahan fizikalnya yang dilihat semakin susut sejak kebelakangan ini.

Ujar pemilik nama Ehmad Hadie Elfardie Mohd Suhaimi ini, faktor kepada penurunan berat badannya adalah kerana dia telah mengamalkan pengambilan gula yang lebih terkawal sejak hampir setahun yang lalu.

Advertisement

Perjelasnya, inisiatif itu dilakukan demi memastikan keadaan vokalnya sentiasa berada pada tahap terbaik.

“Salah satu sebab saya nampak kurus mungkin sebab saya ‘cut sugar’. Saya banyak minum air kosong. Mungkin juga, saya makan pun tak teratur. Kadang-kadang saya makan berat, kadang-kadang seharian saya tak lalu makan.

“Saya ‘cut sugar’ sebab saya memang jenis yang suara cepat rosak kalau minum ais atau ambil makanan manis seperti gula-gula dan coklat. Jadi saya pilih untuk kurangkan gula tapi kadang-kadang kalau teringin, saya minum saja,” katanya kepada Gempak.

Hadie berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis pelancaran single dan video muzik Gelanggang Rasa nyanyian Oddah di Ideas, Kuala Lumpur, pada Selasa.

Tambah bekas peserta Talk To My Manager (TTMM) itu, kali terakhir dia menimbang berat badan adalah sekitar 55 kilogram.

“Tapi tak tahulah sekarang berapa kg. Lama tak timbang. Saya sendiri kadang-kadang bila baring dan pegang pinggang, rasa macam kurus sangat. Saya tak nafikan memang kena makan lebih sikit. Nak tak nak, memang kena makan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Hadie yang juga anak kepada bekas anggota kumpulan Inteam, Allahyarham Suhaimi Saad dan penyanyi Ina Naim itu berkata, ibunya juga sering mengingatkannya supaya makan dengan lebih kerap kerana bimbang melihat tubuhnya yang semakin kurus.

“Ibu memang selalu suruh makan. Dia kata, ‘Pergilah makanlah abang sikit. Nampak kurus sangat.’ Tapi saya jenis cepat kenyang. Kalau paksa makan, nanti jadi benda lain pula,” katanya.

Mengulas sama ada jadual persembahan yang padat menjadi punca dia menjaga pemakanan, Hadie menegaskan perkara itu lebih kepada usaha memastikan mutu nyanyiannya sentiasa berada pada tahap terbaik.

“Bukanlah sebab show terlalu banyak, tetapi saya memang jenis yang kalau ada persembahan, saya suka bersedia awal. Tak adalah bila dah dekat baru nak ‘cut sugar’ atau baru nak jaga suara.

“Kalau boleh saya memang nak buat yang terbaik setiap kali buat persembahan. Saya risau kalau mengecewakan orang. Demi nak bagi persembahan terbaik, saya sanggup buat apa saja, walaupun terpaksa jadi kurus sikit,” ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement