Skip to main content

Hiburan

Badron Munirah Nafi Kongsi Foto ‘Shirtless’ Untuk Raih Perhatian - “Kadang-Kadang Saya Post Untuk…”

Badron Munirah

Pelakon, Badron Munirah menafikan perkongsian foto ‘shirtless’ di media sosial sengaja dilakukan demi meraih perhatian. 

Menurut Badron atau nama lengkapnya Mohammad Nur-Badron Munirah Rio Abdillah, 26,perkongsian tersebut dibuat semata-mata sebagai motivasi diri selain persediaan fizikal untuk kerjaya lakonannya.

“Siapa yang ikut saya di sosial media tahu saya seorang yang sangat suka bersenam dan kadang-kadang saya post itu untuk saya tengok dan saya nak orang nampak progress dari badan kecil sehingga saya dapat badan macam tu. 

“Dalam masa sama mana tahu akan ada datang tawaran lakonan yang bersesuaian dengan fizikal saya. Saya juga sebenarnya sedang membuat persiapan untuk lakonan saya yang seterusnya dan menuntut untuk saya mempunyai fizikal yang cantik,” katanya kepada Gempak. 

Dalam pada itu, pelakon drama Putri & Phrince itu turut menafikan dakwaan kononnya dia sengaja menjaja cerita berkaitan gangguan yang diterima di media sosial.

Sebaliknya, Badron menjelaskan dia hanya menjawab persoalan yang diajukan kepadanya oleh segelintir pihak.

“Saya tak rasa menjaja cerita itu adalah satu isu, sebab saya tak bercerita secara dimana-mana melainkan ada yang bertanya. Jadi saya tak rasa yang saya cuba menjaja cerita. 

“Saya juga tak boleh nak kawal apa yang mereka nak cakap pasal saya, tapi kalau kita pandang dari sudut positif mereka tegur kerana mereka sayangkan kita. Dan sejujurnya saya juga sayang kepada mereka,” tambahnya. 

Terdahulu, netizen mengkritik hantaran yang dibuat oleh Badron yang dilihat menayang badan di sosial media. 

Badron Munirah juga pernah mendedahkan dia ditawarkan menjadi ‘sugar baby’ atau ‘anak ikan’ oleh seorang individu tidak dikenali dengan bayaran lumayan mencecah RM100,000.

Must-Watch Video

Advertisement