Skip to main content

Hiburan

“Badut Gendong Bukan Sekadar Filem Seram Biasa, Tetapi Juga Sebuah Kisah Tentang Cinta Yang Tidak Pernah Mati” - Clara Bernadeth

Astro Gempak 248

Sekilas

  • Clara Bernadeth mendalami watak Arini dalam filem Badut Gendong dengan fokus pada nilai integriti dan keberanian memilih jalan yang benar walaupun sukar.
  • Filem ini menggabungkan elemen seram dengan tema kehidupan seperti kehilangan, cinta, pilihan hidup, dan reaksi terhadap trauma.
  • Badut Gendong kini ditayangkan di pawagam Malaysia dan membawa mesej mendalam selain hiburan seram biasa.

Pelakon Indonesia, Clara Bernadeth mengakui persiapan membawakan watak Arini dalam filem seram aksi Badut Gendong bukan sekadar memahami profesion sebagai peguam, sebaliknya menyelami nilai integriti yang menjadi pegangan karakter tersebut.

Clara berkata, dia banyak mengadakan perbincangan bersama pengarah Charles Gozali bagi membentuk jiwa sebenar Arini yang sentiasa memilih melakukan perkara betul walaupun berdepan pelbagai cabaran.

“Untuk persiapan watak Arini, saya banyak berbincang dengan Pak Charles bagi mencari siapakah sebenarnya Arini di sebalik profesionnya sebagai seorang peguam.

“Persiapan terbesar saya bukan hanya mendalami kerjayanya sebagai peguam, tetapi benar-benar mencari nilai-nilai yang dipegang oleh Arini dan mengapa dia tetap memilih melakukan perkara yang betul walaupun ia bukan sesuatu yang mudah,” katanya.

Menurut Clara, inspirasi terbesar dalam menghidupkan watak tersebut diperoleh daripada kisah benar individu yang tetap mempertahankan prinsip hidup meskipun berdepan pelbagai dugaan.

“Inspirasi terbesar saya datang daripada kisah sebenar. Ramai orang di luar sana masih mempertahankan integriti mereka walaupun perkara itu sangat sukar dilakukan,” ujarnya.

Dalam masa sama, pelakon berusia 31 tahun itu berharap penonton bukan sahaja menikmati elemen seram dalam filem tersebut, malah turut menghayati mesej yang ingin disampaikan.

“Melalui watak Arini, saya berharap penonton dapat melihat bahawa keberanian bukan semestinya melawan dengan kekerasan, tetapi berani memilih jalan yang benar walaupun ia sukar.

“Saya berharap penonton di Malaysia bukan sekadar membawa pulang pengalaman menonton, tetapi juga perasaan dan persoalan yang masih bermain di fikiran selepas keluar dari pawagam,” katanya.

Tambahnya, Badut Gendong membawa pelbagai tema yang dekat dengan kehidupan manusia termasuk kehilangan, cinta, pilihan hidup serta bagaimana seseorang bertindak balas terhadap trauma yang dialami.

“Filem ini bukan sekadar filem seram yang menakutkan. Kami ingin menyampaikan kisah tentang kehilangan, cinta, pilihan-pilihan yang kita buat dalam hidup dan bagaimana manusia bereaksi terhadap luka serta trauma yang mendalam.

“Saya juga berharap penonton Malaysia dapat merasai kasih sayang dan kerja keras yang telah kami curahkan dalam penghasilan filem ini.

“Badut Gendong bukan sekadar filem seram biasa, tetapi juga sebuah kisah tentang cinta yang tidak pernah mati,” katanya.

Badut Gendong yang merupakan sebahagian daripada francais Universe Qodrat kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia.

Anda mungkin berminat dengan

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

POH KONG 999.9/24K Thank You Gold Wafer Coin

POH KONG 999.9/24K Thank You Gold Wafer Coin

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

POH KONG 999.9/24K Malaysia Gold Wafer Coin

POH KONG 999.9/24K Malaysia Gold Wafer Coin

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

Must Watch Video

Advertisement