Sekilas
- Pelakon Nur Fazura menegaskan bahawa tidak terlambat untuk merasa bahagia pada usia 40 tahun melalui hantaran di Threads.
- Fazura meminta individu yang memberi pandangan mengenai kehidupannya supaya menyimpan harapan tersebut untuk diri sendiri dan membiarkannya hidup dengan caranya.
- Dia juga mempersoalkan tindakan individu itu mengehadkan ruangan komen selepas kenyataan balasnya, sambil menuntut peluang untuk memberi pendapat tentang hidupnya sendiri.
Pelakon, Nur Fazura tidak berdiam diri selepas ada seorang individu yang dipercayai memberikan pandangan mengenai kehidupan peribadinya.
Menerusi hantaran di Threads, Fazura menyatakan tidak terlambat untuk berasa bahagia pada umur 40 tahun.
“Mohon simpan saja pelbagai harapan yang mungkin saja sesuai untuk diri kamu sendiri. Di umur 40-an, percayalah ianya masih belum terlambat. Sila fikir-fikirkan while I continue living my own life. Sekian,” tulisnya.

Fazura turut mempersoalkan tindakan individu berkenaan yang didakwa mengehadkan ruangan komen selepas membuat kenyataan balas tersebut.
“Limit comments? Tak aci. Bagi la peluang saya bagi pendapat tentang HIDUP SAYA pula,” katanya.
Terdahulu, seorang individu meminta aktres Gol dan Gincu itu untuk tidak terlalu berkongsi secara terbuka kisah percintaannya kepada umum.
Bagaimanapun, menerusi tinjauan Gempak hantaran itu sudah dipadam oleh individu tersebut.