Skip to main content

Hiburan

“Bagi Mereka Itu Kawasan Kampung…” - Natasha Hudson Ada Sebab Pilih Tinggal Di Langkawi

Astrogempak NATASHA

Sekilas

  • Natasha Hudson anggap kehidupan di kampung sebagai kemewahan yang sukar digantikan dan menghargai kesederhanaan serta ketenangan di Langkawi.
  • Beliau mudah menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan kerana latar belakang keluarganya yang hidup seperti orang kampung.
  • Natasha tidak rasa perlu menjelaskan siapa dirinya kerana setiap orang mempunyai pandangan tersendiri tentang dirinya.

Pelakon, Natasha Hudson menyifatkan kehidupan di kampung sebagai satu bentuk kemewahan yang sukar digantikan.

Menurut Natasha, latar belakang keluarganya membuatkan dia mudah menyesuaikan diri dalam apa juga keadaan, sama ada di bandar mahupun di kawasan luar bandar.

"Keluarga sebelah ibu saya memang hidup seperti orang kampung. Jadi saya boleh jadi orang kampung atau jadi 'mat salih' bila-bila masa saya mahu.

"Campaklah saya di mana-mana pun, saya masih boleh bertahan," katanya.

Memetik laporan Angrykoala_MY, Natasha berkata, dia tidak pernah merasakan perlu menjelaskan kepada orang ramai mengenai siapa dirinya kerana percaya setiap individu mempunyai pandangan tersendiri.

"Bagi saya, saya tak perlu beritahu orang siapa saya. Kalau mereka nampak diri saya seperti itu, mungkin sebab mereka tak pernah melihat sisi itu sebelum ini," ujarnya.

Pelakon filem Chermin  itu turut mengakui ramai terkejut apabila mengetahui dia memilih untuk menetap di Langkawi kerana ramai menganggap pulau tersebut sebagai kawasan kampung.

"Ramai yang terkejut apabila tahu saya tinggal di Langkawi kerana bagi mereka itu kawasan kampung.

"Tetapi bagi saya, kehidupan kampung adalah kehidupan yang paling mahal. Itulah kehidupan yang paling bernilai," katanya.

Menurut Natasha, dia sendiri tidak pernah menyangka akan menetap di Langkawi kerana perkara itu langsung tidak pernah berada dalam perancangannya.

"Sebenarnya saya tak pernah fikir atau terbayang yang suatu hari nanti saya akan tinggal di sini.

"Saya pun tidak menganggap diri saya sebagai perempuan kampung, tetapi apabila sudah tinggal di sini, saya belajar menghargai kehidupan yang sederhana dan penuh ketenangan," katanya.

Jelas Natasha lagi, pengalaman hidup di pelbagai tempat menjadikannya seorang yang lebih berdikari serta mudah menyesuaikan diri dengan apa sahaja keadaan yang dihadapi.

Sumber: Angrykoala_MY

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement