Personaliti media sosial, Jason menyorot perhatian netizen selepas membuat ‘review’ pizza keluaran usahawan, Cik Epal iaitu Pizza Mendonia.
Dalam video yang dikongsikan di TikTok, Jason memberikan rating 8.7 sekali gus menunjukkan dia benar-benar berpuas hati dengan hasilnya.
“Saya dapat bau perisa ‘burnt char’ oven yang kita selalu dapat dekat kedai pizza. Dapat rasa tomato dan manis, rasa daging itu betul-betul kena.
“Saya rasa gabungan semua bahan untuk pizza ini sangat baik, chef berikan yang terbaik. Pujian harus diberikan kepada chef, harap mereka boleh kekalkan kualiti pizza ini. Saya rasa pizza ini lebih baik berbanding dengan pizza wagyu yang saya pernah cuba sebelum ini. Rate saya 8.7,” katanya.
Cik Epal turut membalas ulasan tersebut sebagai tanda penghargaan terhadap usaha Jason yang hadir membuat ulasan mengenai pizza keluarannya.
“Hai Jason! Terima kasih banyak atas ulasan mengenai Pizza Mendonia, dan kerana datang dengan kostum pizza! Awaken memang menggembirakan hari kami.
“Terima kasih atas sokongan dan suasana positif. Harap dapat jumpa lagi nanti,” balas Cik Epal di TikTok Jason. 
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa bangga dengan pencapaian Cik Epal serta tidak sabar untuk mencuba Pizza Mendonia selepas mendengar ulasan positif tersebut.
Ada juga yang memuji Cik Epal kerana berlaku jujur dalam penjualannya. 
