Skip to main content

Hiburan

Bahasakan Diri ‘Abang’ Dengan Staff, Netizen Cop Hafiz Mahamad Tak Profesional - “Geli! Tak Pernah La Seumur Hidup…”

Hafiz Mahamad

Usahawan, Hafiz Mahamad menyorot perhatian netizen selepas tampil memberi teguran kepada pekerjanya mengenai terlepas cakap soal harga pizza yang dikaitkan dengan seorang personaliti sosial media yang lain.

Menerusi hantaran di Threads itu, Hafiz meminta untuk pekerjanya menjaga percakapan dan tidak menggunakan platform sosial media untuk berkata buruk mengenai orang lain.

Bagaimanapun, bukan isi video yang menjadi tumpuan netizen namun panggilan Abang oleh Hafiz kepada pekerjanya yang menjadi perdebatan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata menganggap tindakanya itu tidak professional.


“Geli! Tak pernah la seumur kerja dulu ber Abang2 dengan bos aku.

“Dia dengan staff memang panggil abang kononnya nak nampak macam family. Jaga-jaga jela Aina benda-benda macam ni banyak terjadi dari besar kepada mem besar, dari abang kepada abiang.

“Lama-lama Abiang.

“Wei staff dengan boss bahasakan diri abang. Euwwwww hati-hari ya macam ni.

“Mula-mula abang, lama-lama abiang sayiang. Jaga-jaga.

“Panggil boss boss ler apo abang.

“Dah boleh stary call ur boss, En Hafiz dan Puan Aina lahhh.

Terdahulu, salah seorang pekerja Hafiz telah mencetus perdebatan warganet kerana memerli harga pizza Cik Epal ketika sedang menikmati pizza buatan Hafiz menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun rasmi perniagaan mereka.

Malah Hafiz juga tampil membuat permohonan maaf secara terbuka dan bakal mengedarkan 50 pizza percuma di hadapan premis jualannya sebagai tanda permohonan maaf.

Advertisement

Must-Watch Video

Advertisement