Skip to main content

Hiburan

Baju Terbuka Disangka Mabuk… Tindakan Lelaki Ini Buat Mas Khan Menangis - “Aku Sedih Buat Benda Yang Tak Patut…”

mas

Pelakon Mas Khan tidak dapat menahan rasa sebak selepas menyedari kesilapan dirinya yang menilai seseorang hanya berdasarkan luaran.

Menerusi hantaran di Instagram, Mas atau nama penuhnya Mas Hidzhie Khan Mas Fadzillah Khan, meluahkan rasa sedih dengan sikapnya sendiri ketika berdepan situasi di sebuah stesen minyak baru-baru ini.

Advertisement

 

 

 

View this post on Instagram

 

 

 

 

A post shared by Mas Hidzhir Khan (@maskhan_)

“Aku sedih. Aku buat satu benda yang tak patut.

 

“Tadi aku di stesen minyak dan nak beli satu tin air kopi. Aku ada RM50, tapi bank tengah tutup sementara sebab dah pukul 12 malam dan juruwang tiada duit kecil,” katanya.

“Dia pakai seluar pendek, baju terbuka… nampak macam mabuk. Aku terus judge dia macam ‘kau ni mabuk’.

“Apa yang buat aku sedih, aku menilai dia daripada luaran. Aku rasa berdosa. Tapi dia cakap nak bayarkan air itu untuk aku,” ujarnya.

Lebih menyentuh hati, pelakon itu turut memaksa lelaki berkenaan menerima wang RM100 sebagai tanda terima kasih namun ditolak pada awalnya.

“Dia tak nak terima, tapi aku paksa. Akhirnya dia ambil,” ceritanya.

Dalam masa sama, pelakon berusia 31 tahun itu turut menitiskan air mata selepas insiden tersebut kerana menyedari nilai kemanusiaan yang besar.

“Dalam kereta, aku duduk sorang-sorang dan menangis… sebab aku sedar satu benda, jangan cepat menghukum, kita tak tahu hati manusia, kadang yang nampak ‘buruk’ itulah yang paling ikhlas,” tulisnya pada kapsyen.

 

Kisah yang dikongsikan Mas Khan itu menerima pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang turut tersentuh dan menganggap ia sebagai satu pengajaran besar dalam kehidupan.

 

Must-Watch Video

Advertisement