Skip to main content

Hiburan

Bakal Berentap Di Pentas Eurovision Asia, Biduanita Negara Seru Rakyat Malaysia Beri Sokongan Buat Aina Abdul

Bakal Berentap Di Pentas Eurovision Asia, Biduanita Negara Seru Rakyat Malaysia Beri Sokongan Buat Aina Abdul

Sekilas

  • Datuk Seri Siti Nurhaliza menyeru orang ramai untuk memberi sokongan kepada Aina Abdul yang akan berentap di pentas Eurovision Asia pada 14 November di Bangkok.
  • Aina Abdul akan mempersembahkan lagu baharu, Bluest Sky, yang mendapat pujian dari peminat tempatan dan antarabangsa.
  • Malaysia akan bersaing dengan negara seperti Thailand, Korea Selatan, Filipina, Vietnam, Kemboja dan Bhutan dalam pertandingan muzik berprestij ini.
Advertisement

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyeru orang ramai agar sama-sama memberikan sokongan kepada penyanyi dan komposer, Aina Abdul yang akan berentap di pentas Eurovision Asia tidak lama lagi.

Menerusi hantaran di Threads, Siti Nurhaliza turut mendoakan agar kejayaan di pentas berprestij itu menjadi milik Aina Abdul.

Advertisement

“Jom semua kita bagi sokongan buat adik saya Aina Abdul! Kita doakan kejayaan menjadi miliknya,” tulis Siti.

Dalam pada itu, beberapa rakan artis yang lain turut memberikan kata-kata semangat buat Aina Abdul yang bakal mempersembahkan lagu Bluest Sky di kota Bangkok, Thailand. 

Terdahulu, Aina melancarkan Bluest Sky yang merupakan lagu baharu yang bakal dipersembahakan di pentas Eurovision Asia.

Bukan sahaja mendapat pujian daripada rakyat Malaysia malah pelantun lagu Sadis itu juga menerima reaksi positif daripada peminat muzik antarabangsa.

Advertisement

Lebih menarik, ada peminat yang mula meramalkan penyanyi berkenaan berpotensi muncul sebagai pemenang, khususnya berdasarkan kekuatan persembahannya di mata juri.

Aina dijadualkan berentap di pentas Eurovision Asia pada 14 November ini di Bangkok, Thailand, dalam usaha mengharumkan nama Malaysia di persada muzik antarabangsa.

Antara negara yang bakal memberikan saingan kepada Malaysia termasuk Thailand, Korea Selatan, Filipina, Vietnam, Kemboja dan Bhutan.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement