Skip to main content

Selebriti

Bakal Bergelar Ibu, Eyka Farhana Luah Rasa Syukur - “Tiada Kata Yang Mampu Menggambarkan…”

Eyka Farhana syukur bakal jadi ibu

Sekilas

  • Eyka Farhana berkongsi rasa syukur apabila bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi selepas setahun bergelar isteri.
  • Eyka memanjatkan doa agar kandungannya sentiasa sihat dan dilindungi sepanjang kehamilan.
  • Eyka mendirikan rumah tangga dengan Akhyar Rashid pada 2 Mei dalam majlis tertutup di Ampang, Kuala Lumpur.
Advertisement

Pelakon, Eyka Farhana meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga apabila dirinya bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Eyka menyifatkan perjalanan hidupnya berubah dengan begitu indah dalam tempoh setahun selepas bergelar isteri.

Advertisement

Malah, menurut Eyka, perasaan yang dirasainya ketika ini juga amat sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.

“Bakal bergelar ibu, masya-Allah. Dalam tempoh setahun, hidup saya berubah dengan begitu indah daripada seorang isteri kepada bakal ibu.

“Tiada kata yang mampu menggambarkan betapa disayangi dan bersyukurnya hati saya saat ini,” coretnya.

Dalam hantaran yang sama, Eyka juga turut memanjatkan doa agar kandungannya sentiasa berada dalam keadaan sihat dan dilindungi Allah SWT.

“Semoga Allah melindungi bayi saya, dikurniakan kesihatan dan membesar dengan bahagia di dalam kandungan.

“Alhamdulillah, terima kasih kepada semua yang menyayangi dan mendoakan kami,” tulisnya.

Perkongsian itu kemudiannya menerima ucapan tahniah daripada peminat yang rata-rata meluahkan rasa teruja dan mendoakan agar kehamilan Eyka dipermudahkan.

Untuk rekod, Eyka mendirikan rumah tangga dengan Akhyar Rashid pada 2 Mei lalu.

Pasangan itu disatukan sebagai suami isteri dalam sebuah majlis tertutup yang berlangsung di Boathouse by The Lake, Ampang, Kuala Lumpur.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement