Skip to main content
Advertisement

Hiburan

Bakal Pimpin Bacaan Ikrar Malaysia Sarong Music Run 2026, Siti Nurhaliza Nurhaliza Anggap Satu Penghormatan Besar

Bakal Pimpin Bacaan Ikrar Malaysia Sarong Music Run 2026, Siti Nurhaliza Nurhaliza Anggap Satu Penghormatan Besar

Sekilas

  • Datuk Seri Siti Nurhaliza akan mengetuai bacaan ikrar pada Malaysia Sarong Music Run 2026 sebagai penghormatan besar dan peluang mewakili selebriti berpengalaman.
  • Acara ini menampilkan pelbagai persembahan budaya, termasuk tarian dan pertandingan dikir barat, serta kibaran Jalur Gemilang sepanjang dua kilometer.
  • Malaysia Sarong Music Run 2026 telah mencapai kapasiti penuh 20,000 peserta dengan yuran RM65, dan pelepasan larian 5km akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Advertisement

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyifatkan tanggungjawab yang diberikan kepadanya untuk mengetuai bacaan ikrar pada Malaysia Sarong Music Run 2026 sebagai satu penghormatan yang besar.

Dalam masa yang sama, pemilik nama Siti Nurhaliza Tarudin ini menganggap peranan yang diberikan itu sebagai satu  peluang kepadanya untuk mewakili golongan selebriti berpengalaman dalam mengajak generasi muda menghargai identiti serta budaya tempatan.

Advertisement

“Itu adalah satu penghormatan dan tanggungjawab yang besar juga untuk diri saya, mewakili selebriti dan juga generasi yang lebih berpengalaman untuk mengajak anak-anak muda dalam satu program yang saya rasa ini pun salah satu yang menunjukkan jati diri kita.

“Kita pakai kain sarung, ada yang pakai kain pelikat, kain batik, kan? Saya rasa ini satu penghormatan untuk saya,” katanya kepada Gempak.

Siti berkata demikian ketika program MeleTOP yang bertempat di Astro Bukit Jalil pada Selasa.

Dalam masa yang sama, pelantun lagu Cindai ini berjanji akan melakukan yang terbaik sewaktu mengetuai bacaan ikrar itu nanti.

“Selepas ini mungkin dah tak ada peluang untuk baca ikrar di hadapan ramai-ramai peminat dan juga peserta Malaysia Sarong.

“Jadi insya-Allah saya akan cuba yang terbaik,” katanya lagi.

Sekadar info, Siti dijadualkan memimpin bacaan ikrar Malaysia Sarong Music Run 2026 selepas tugas tersebut dilakukan Bella Astillah pada edisi lalu.

Siti bakal diiringi Christy Ng, Pinn Yang dan Bengap Brothers dalam segmen berkenaan.
Sepanjang laluan, peserta turut disambut dengan pelbagai persembahan di beberapa ‘checkpoint’ termasuk tarian pelbagai budaya serta pertandingan dikir barat melibatkan beberapa kumpulan.

Lebih menarik, kibaran Jalur Gemilang sepanjang kira-kira dua kilometer turut menjadi antara tarikan selain pelbagai persembahan yang ditambah berbanding tahun sebelumnya.

Acara tersebut juga bakal dimeriahkan dengan persembahan kumpulan Hujan, Bella Astillah, Budak Nakal dan Hujung Simpang.

Pelepasan rasmi peserta bagi larian lima kilometer pula dijadualkan disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pendaftaran Malaysia Sarong Music Run 2026 kini ditutup selepas mencapai kapasiti penuh 20,000 peserta dengan yuran penyertaan ditetapkan sebanyak RM65 setiap peserta.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement