Skip to main content

Hiburan

Bakal Sertai Maraton Sydney 42.2km, Syed Saddiq Buat Kejutan Bawa Ibu Dan Ayden Ikut Sekali

Bakal Sertai Maraton Sydney 42.2km, Syed Saddiq Buat Kejutan Bawa Ibu Dan Ayden Ikut Sekali

Sekilas

  • Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, akan menyertai Maraton Sydney sepanjang 42.2km pada September ini selepas menjalani latihan intensif beberapa minggu.
  • Beliau merancang membuat kejutan dengan membawa ibu dan anak tunangnya ke Sydney untuk menyokongnya dalam acara tersebut.
  • Syed Saddiq menekankan pentingnya persediaan, pemulihan, dan konsistensi dalam menghadapi cabaran maraton selain berterima kasih kepada penaja yang menyokong persiapannya.
Advertisement

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bakal menyertai cabaran larian sejauh 42.2 kilometer (km) menerusi Maraton Sydney yang dijadual berlangsung September depan.

Menerusi perkongsian dalam media sosial, Syed Saddiq memaklumkan dia sudah menjalani latihan sejak beberapa minggu lalu sebagai persediaan untuk menamatkan maraton penuh tersebut.

Advertisement

“Saya akan bertanding dalam Maraton Sydney.

“Sejak beberapa minggu lepas, saya telah berlatih secara senyap untuk perkara ini. Bangun awal pagi, larian jarak jauh, sakit sana sini dan ulang berkali-kali.

“Tapi insya-Allah, kita cuba kejar satu lagi catatan terbaik peribadi (PB),” katanya.

Advertisement

Menariknya, Syed Saddiq turut berkongsi video memaparkan perancangannya membuat kejutan dengan membawa ibu serta Ayden, anak kepada tunangnya yang juga penyanyi dan pelakon Bella Astillah ke Sydney.

“Ini sememangnya bukan cara yang saya rancang untuk umumkan perkara ini. Mula-mula Mama dah beritahu Ayden dulu.

“Tapi kali ini, Mama ada, Ayden pun ada. Minta maaf Abuya, maraton seterusnya nanti insya-Allah kita bawa Abuya,” ujarnya.

 

 Dalam pada itu, Syed Saddiq berkata, persediaan menghadapi maraton membuatkannya sedar cabaran tersebut bukan hanya bergantung kepada kemampuan berlari.

 

Sebaliknya, aspek persediaan, pemulihan dan konsistensi juga memainkan peranan penting dalam memastikan dirinya bersedia menghadapi jarak 42.2km.

“Semakin saya berlatih, semakin saya sedar bahawa maraton ini bukan sekadar tentang larian semata-mata tetapi tentang persediaan, pemulihan dan konsistensi.

“Saya tak tahu perlumbaan ini akan berakhir bagaimana, mungkin catatan terbaik, mungkin sengsara atau mungkin kedua-duanya sekali,” katanya.

Pada masa sama, Syed Saddiq turut mengucapkan terima kasih kepada jenama penaja yang menyokong persiapannya serta menyumbangkan RM20,000 untuk larian kesyukuran di Muar.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA Unisex ULTRA 6 MATCH FG/AG Football Boots (Blue)

PUMA Unisex ULTRA 6 MATCH FG/AG Football Boots (Blue)

Under Armour Men's UA ArmourVent Camper Hat

Under Armour Men's UA ArmourVent Camper Hat

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

Amazfit T-Rex 3 48mm Smart Watch with Outdoor Offline Maps and Navigation, Fitness Tracker Support 170+ Workout Modes

Amazfit T-Rex 3 48mm Smart Watch with Outdoor Offline Maps and Navigation, Fitness Tracker Support 170+ Workout Modes

【NANJIREN】Men's Boxer Ice Silk Briefs Lyraki Graphene Antibacterial Lyraki Seluar Dalam Lyraki Men's Underwear Briefs Breathable Boxer Briefs Men

【NANJIREN】Men's Boxer Ice Silk Briefs Lyraki Graphene Antibacterial Lyraki Seluar Dalam Lyraki Men's Underwear Briefs Breathable Boxer Briefs Men

Big Size [ 28-48 ] Seluar Lelaki Kerja Kargo | Straight Cut | Slack 6 Poket Kain Tebal Cargo Pant Multi Pocket Seluar

Big Size [ 28-48 ] Seluar Lelaki Kerja Kargo | Straight Cut | Slack 6 Poket Kain Tebal Cargo Pant Multi Pocket Seluar

Must Watch Video

Advertisement