Skip to main content

Hiburan

Bakal Terjun Ke Dunia Muzik, Hun Haqeem Akhirnya Bersedia Untuk Debut

Astrogempak Hun

Pelakon, Hun Haqeem berkongsi sudah bersedia untuk tampil dengan karya muzik sendiri selepas sekian lama menyimpan hasrat itu.

Menurut Hun atau nama lengkapnya, Haqeem Hermy tahun ini akan menjadi lebih sibuk dengan komitmen lakonan selain turut aktif menghasilkan lagu.

“Tahun ini saya busy berlakon dan buat lagu juga. Cuma bila nak keluar lagu tu, tak tahu lagi tapi dia akan jadi surprise untuk semua orang,” katanya kepada Gempak.

Tambahnya, keinginannya untuk menceburi bidang nyanyian bukanlah sesuatu yang baharu, namun sering tertangguh kerana memberi fokus kepada kerjaya lakonan.

Namun, dorongan daripada rakan-rakan dalam industri muzik membuatkan Hun kini lebih yakin untuk mengambil langkah tersebut.

“Saya dah pasang niat tu dah lama sangat, tapi selalu delay. Secara tak langsung, kerjaya sebagai pelakon tu jadi sedikit setback sebab banyak fokus ke situ.

“Bila borak dengan kawan-kawan penyanyi, mereka cakap ‘don’t wait for it, just go for it’. Jadi tahun ini saya nak YOLO sikit, apa-apa kita buat saja," ujarnya.

Pada masa sama, meskipun bakal mencuba nasib dalam bidang nyanyian aktor yang popular dengan drama Cinta Wrong Direction itu menegaskan lakonan tetap menjadi keutamaan dalam kerjayanya.

"Mungkin saya dibesarkan dengan muzik. Kakak saya pun dulu pernah main gitar untuk band X-Pose. Jadi muzik memang dah ada dalam keluarga, Saya rasa sayang kalau tak keluarkan sisi lain Hun Haqeem. Mungkin kita tak tahu lagi perjalanan kita macam mana sebab belum debut sebagai penyanyi.

“Tapi minat menyanyi dan berlakon tu sebenarnya selari. Kedua-duanya adalah bentuk luahan diri, satu bentuk seni. Lakonan tu tetap akan jadi keutamaan sebab itu memang jiwa saya. Passion tu memang tak boleh ditandingi," tambahnya. 

Foto: Buro Malaysia

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement