Skip to main content

Hiburan

Bakal Timang Anak Kedua, Intan Najuwa Selalu Bawa Lunara Ikut ‘Checkup Baby’ - “Dia Dengar Degupan Jantung Adik…”

ASTROGEMPAK Intan Najuwa

Sekilas

  • Datin Intan Najuwa berkongsi bahawa anak perempuannya, Imane Lunara, seolah-olah sudah tahu dia bakal menjadi kakak selepas sering dibawa ke pemeriksaan kandungan.
  • Lunara diberi peluang mendengar degupan jantung adiknya dan suka memegang perut ibunya, menunjukkan ikatan awal dengan bayi dalam kandungan.
  • Intan dan suaminya bersyukur kerana Lunara akan mempunyai adik-beradik sebagai teman bermain dan membesar bersama.

Pelakon Datin Intan Najuwa berasakan puteri perempuannya, Imane Lunara seolah-olah sudah mengetahui dirinya bakal bergelar seorang kakak tidak lama lagi.

 

Menerusi perkongsian di Instastory, Intan memaklumkan Lunara sering dibawa bersama setiap kali dia menghadiri pemeriksaan kandungan. 

 

Malah, Intan berkata anak perempuannya itu juga dapat mendengar sendiri degupan jantung adiknya.

 

“Saya rasa dia sudah tahu dia akan menjadi seorang kakak. Setiap kali kami pergi untuk check up, kami bawa Lunara bersama dan membiarkan dia mendengar degupan jantung adiknya. 

 

“Dia juga suka memegang perut saya, seperti dia sudah menjalinkan hubungan dengan caranya sendiri,” kongsinya. 

 

Menurut Intan, dia dan suaminya berasa sangat lega serta bersyukur apabila mengetahui Lunara bakal memiliki adik-beradik sebagai teman membesar.

 

“Kami berasa sangat lega dan bersyukur mengetahui dia akan mempunyai adik-beradik. Seorang sahabat baik, seseorang untuk membesar bersama, bermain bersama, dan berkongsi kasih sayang bersama,” katanya. 

Anda mungkin berminat dengan

[Carton] Aiwibi Comfy Dry Baby Diaper Tape / Pants (3 Packs) 1.8mm Ultra Thin

[Carton] Aiwibi Comfy Dry Baby Diaper Tape / Pants (3 Packs) 1.8mm Ultra Thin

Amgras Stroller Baby Portable Mini Fan Rechargeable 9 Leds/Ultra Quiet/Flexible Tripod/55 Hours (6000mAh)

Amgras Stroller Baby Portable Mini Fan Rechargeable 9 Leds/Ultra Quiet/Flexible Tripod/55 Hours (6000mAh)

Must-Watch Video

Advertisement