Skip to main content

Hiburan

“Bakat Sahaja Tak Cukup, Disiplin Nombor Satu” - Johan As’ari

Johan As’ari

Sekilas

  • Johan As’ari tekankan pentingnya disiplin dalam kalangan anak seni untuk kekal lama dalam industri hiburan.
  • Menurut Johan, bakat sahaja tidak cukup tanpa disiplin yang konsisten untuk memastikan rezeki dalam dunia seni.
  • Pelakon lain seperti Nadia Brian dan Fasha Sandha turut luah rasa kecewa terhadap artis yang kurang disiplin tetapi masih mendapat tawaran.
Advertisement

Pelakon, Johan As’ari berpendapat disiplin merupakan faktor penting yang perlu dititikberatkan dalam diri seseorang anak seni bagi membantu mereka bertahan lama dalam industri hiburan.

Menurut Johan, rezeki dalam dunia seni tidak boleh dijangka, namun dia percaya pelakon yang menjaga disiplin akan terus mempunyai tempat dalam industri.

Advertisement

“Rezeki ini kita tidak boleh jangka, cuma saya percaya pelakon yang menjaga disiplin, mereka akan kekal lama dalam apa yang dilakukannya.

“Bakat sahaja tanpa disiplin tidak mencukupi. Bakat bukan perkara nombor satu tetapi disiplin,” katanya kepada Gempak.

Tambah Johan, tanpa disiplin, seseorang itu sukar untuk kekal lama.

“Awak boleh dapat rezeki itu tetapi kalau tak ada disiplin, ia diibaratkan seperti mercun yang cantik tetapi akhirnya hilang.

“Tetapi kalau awak utamakan disiplin, awak akan diibaratkan seperti bintang-bintang yang kekal cantik dan sentiasa ‘maintain’,” ujarnya.

Terdahulu, pelakon Nadia Brian meluahkan rasa terkilan apabila mendakwa artis yang tidak menjaga disiplin masih mendapat tempat dan tawaran jika hendak dibandingkan dengan selebriti yang begitu komited dengan kerjaya mereka.

Malah, pelakon, Fasha Sandha juga sebelum ini pernah meluahkan rasa kesal terhadap seorang pelakon yang didakwa lewat ke lokasi penggambaran sehingga menjejaskan kerja pihak produksi.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement