Skip to main content
Advertisement

Hiburan

“Ban Episod Ini…” - Video Dirakam 10 Tahun Lalu, Sweet Qismina Akui Kurang Ilmu Isu Rohingya Ketika Itu

Sweet Qismina

Sekilas

  • Seorang wargamaya meluahkan rasa kurang senang apabila stesen TV menayangkan episod berkisarkan wanita Rohingya dalam rancangan 'Orang Baik-Baik'.
  • Sweet Qismina menjelaskan episod tersebut dirakam 10 tahun lalu dan menampilkan kisah kebajikan serta usaha murni NGO di Malaysia.
  • Sweet Qismina mengakui kurang ilmu tentang isu Rohingya ketika itu dan meminta netizen fokus pada kebaikan yang ditonjolkan dalam episod tersebut.
Advertisement

Seorang wargamaya menerusi Threads meluahkan rasa kurang senang apabila stesen TV menayangkan kisah wanita Rohingya. 

 

Advertisement

Menerusi hantaran tersebut, individu itu memuat naik video memperlihatkan pelakon Sweet Qismina turut ada bersama wanita Rohingya dalam episod bertajuk ‘Orang Baik-Baik’. 

 

“Aku ni buka Thread dah la serabut tengok kes Rohingya kat Malaysia ni… TV ni boleh pula kau nk tayang kisah-kisah wanita Rohingya ni. Serabut. Tajuk cerita ‘Orang Baik-Baik’,” tulisnya. 

 

Sweet Qismina bagaimanapun tampil menjelaskan episod tersebut dirakam pada 10 tahun lalu di mana ia mempertengahkan kisah kebajikan dan usaha murni individu atau kumpulan sukarelawan (NGO) Malaysia. 

Advertisement

 

“Saya jalani penggambaran 10 tahun lalu rasanya ini. Nama rancangan ‘Orang Baik-Baik’. 

 

“Apa sahaja kisah kebajikan dan usaha murni individu/kumpulan sukarelawan (NGO) di Malaysia kami akan cover. 

“Setiap episod jumpa individu/NGO yang berbeza. Kami ikut apa yang mereka sediakan. Sangat inspirasi,” jelasnya. 

 

Mengakui ketika itu tidak ilmu tentang isu Rohingya, isteri kepada aktor Adam Lee itu meminta untuk netizen tidak menonton episod tersebut. 

 

“Tapi untuk episod ini, fokus saya adalah untuk melihat ‘kebaikan’ mereka, siap buat kelas kraf dan jual untuk duit. 

 

“Saya mengaku ketika itu, saya kurang ilmu tentang isu Rohingnya. Haa ban episod ini, tengok episod lain yang ada NGO Malaysia okay,” katanya lagi. 

 

Rata-rata wargamaya memahami situasi Sweet ketika itu memandangkan pada 10 tahun lalu, isu Rohingya bukan menjadi satu masalah yang besar. 


Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

Canmake Marshmallow Finish Powder ~Abloom~

Canmake Marshmallow Finish Powder ~Abloom~

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Laneige Lip Sleeping Mask

Laneige Lip Sleeping Mask

Must Watch Video

Advertisement