Ringkasan AI
- Sebuah iklan di media sosial mendakwa rumah mewah milik pelakon Rebecca Nur Al Islam akan dilelong hari ini dengan harga bermula RM2.9 juta.
- Rumah tiga tingkat di Ampang itu mempunyai nilai asal RM4.5 juta dan dilengkapi kolam renang serta reka bentuk moden.
- Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai walaupun tiada pengesahan rasmi mengenai pemilik sebenar rumah itu.
- Rebecca belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung isu rumahnya yang didakwa dilelong bank.
- Akaun media sosial Rebecca kini disetkan kepada 'private' dan beliau dikenali sebagai ibu tunggal tujuh anak serta seorang ejen insurans.
Tular di media sosial apabila muncul satu iklan mengenai sebuah kediaman mewah yang didakwa milik pelakon, Rebecca Nur Al Islam mula dilelong.
Menerusi iklan berkenaan terdapat makluman bahawa rumah berkenaan akan dilelong hari ini bermula dengan harga tawaran RM2.9 juta iaitu jauh lebih rendah daripada nilai asal RM4.5 juta.
"Rumah Rebecca Nur Islam akan dilelong oleh bank esok 12 November (hari ini). Bank value RM4.5 juta, harga lelong RM2.9 juta. Rumah tiga tingkat, ada kolam renang, terletak di Ampang," tulis pemilik akaun Fakta Bukan Auta di laman X.
Perkongsian hantaran itu mendapat perhatian ramai apabila gambar dan butiran rumah mewah berkenaan mula beredar di media sosial.
Meskipun hantaran itu tidak menyertakan butiran lengkap pemilik sebenar, namun kebanyakan netizen di ruangan komen mendakwa rumah berkenaan milik Rebecca.
Difahamkan, kediaman jenis banglo mewah yang terletak di Ampang, Selangor itu memiliki keluasan 8,224 kaki persegi, lengkap dengan kemudahan kolam renang dan reka bentuk moden yang cantik.
Rebecca setakat ini belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung isu tular membabitkan kediaman mewahnya yang didakwa dilelong bank.
Meninjau ke akaun media sosialnya pula didapati Rebecca memilih 'private', namun profilnya memaklumkan dia ibu tunggal tujuh anak dan kini seorang ejen insurans.
Sumber: Harian Metro