Skip to main content

Hiburan

Bantu Wanita Buta Lintas Jalan, Tindakan Brader Helmet Purple Dipuji Netizen

Brader Helmet Purple

Sekilas

  • Seorang penunggang motosikal tular selepas berhenti membantu seorang wanita kurang upaya penglihatan melintas jalan.
  • Video yang dikongsi di TikTok menunjukkan pemuda itu memastikan wanita tersebut selamat sampai ke seberang jalan sebelum meneruskan perjalanan.
  • Perkongsian ini mendapat pujian ramai wargamaya atas sikap prihatin yang ditunjukkan.

Seorang penunggang motosikal menyorot perhatian apabila tindakannya yang berhenti untuk membantu seorang wanita yang kurang upaya penglihatan melintas jalan tular di media sosial.

Menerusi TikTok, pengguna yang menggunakan nama @braderhelmetpurple, dilihat sedang menunggang motosikalnya secara santai sebelum bertindak memberhentikan motosikalnya di tepi jalan selepas menyedari terdapat seorang wanita yang berdiri agak lama di baju jalan.

Pemuda itu kemudiannya bergegas mendapatkan wanita itu sebelum membantunya melintas jalan dengan berhati-hati.

Lebih menyentuh hati, pemuda itu turut memastikan wanita berkenaan benar-benar selamat sampai ke seberang sebelum kembali semula ke motosikalnya

Perkongsian itu kemudiannya meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya memuji sikap prihatin ditunjukkan pemuda tersebut.

Sumber: TikTok

Anda mungkin berminat dengan

Ceramic Plate

Ceramic Plate

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

Must-Watch Video

Advertisement