Skip to main content

Hiburan

Banyak Kali Tolak, Akhirnya Vince Chong Setuju Sertai GV Fantasia - “Saya Tak Fikirkan Kemenangan…”

Vince Chong

Sekilas

  • Vince Chong akhirnya setuju sertai Gegar Vaganza Fantasia selepas tahu akan bersama rakan-rakan dari Akademi Fantasia.
  • Walaupun masih ada rasa takut pentas terutama bila berdepan juri, Vince bertekad beri yang terbaik sepanjang GV Fantasia bermula 8 November.
  • GV13 akan bersiaran selama 11 minggu setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria dan boleh distrim di Astro GO serta Sooka.
Advertisement

Penyanyi Vince Chong mengakui sebelum ini dia sudah beberapa kali ditawarkan untuk menyertai program Gegar Vaganza.

 

Advertisement

Bagaimanapun Vince akhirnya bersetuju untuk menjadi peserta Gegar Vaganza Fantasia selepas mengetahui akan bersama-sama rakan-rakan dari Akademi Fantasia (AF). 

 

“Sebenarnya sebelum ini saya pernah dapat jemputan dari Astro untuk sertai GV beberapa kali tapi setiap kali itu berselisih dengan jadual kerja saya yang lain. 

Advertisement

 

“Jadi, kali ni bila dia diajak untuk sertai dan konsepnya bersama rakan AF, saya rasa okeylah why not sebab macam satu reunion yang besar. 

 

“Saya tak fikirkan kemenangan, hanya mahu lakukan yang terbaik. Bila menyatukan semua juara AF adalah sesuatu yang menarik untuk peminat,” katanya kepada Gempak. 

 

Dalam pada itu, juara AF1 ini berkata dia masih mempunyai masalah ketakutan berada di atas pentas terutama perlu berdepan dengan juri. 

 

Namun penyanyi berusia 47 tahun itu tetap mahu melakukan yang terbaik sepanjang berada di pentas GV Fantasia yang akan bermula pada 8 November depan. 

 

“Saya sebenarnya masih ada lagi ketakutan berada di atas pentas… stage fright. Terutama kalau berdepan juri. Ia satu perasaan yang lain. 

 

“Walaupun kita dah profesional dan sudah tentu kita bersaing dengan semua juara, tetap ada perasaan bercampur bauk. 

 

“Ada gementar sikit tapi dalam masa sama, masing-masing nak tunjuk apa yang mereka ada,” ujarnya. 

 

PROGRAM GEGAR VAGANZA FANTASIA 

 

Berlangsung selama 11 minggu, ‘GV13’ akan bersiaran setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam. Program ini turut boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan Sooka.  

 

KAPSUL GEGAR VAGANZA FANTASIA 

 

Menampilkan persiapan, momen di balik tabir, sesi temu bual serta permainan bersama para peserta setiap minggu sebelum program utama bermula. 

 

VAZZ VAGANZA FANTASIA

 

Dihoskan selama 30 minit sejurus selepas program utama untuk menampilkan wawancara dan soal jawab bersama peserta dan juri ‘GV13’.

Anda mungkin berminat dengan

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

Must Watch Video

Advertisement