Skip to main content

Hiburan

Banyak Kali Tukar Sekolah! Zila Bakarin Dakwa Anak Pernah Jadi Mangsa Buli Kerana Beribukan Artis - “Cikgu Juga Pernah…”

Zila Bakarin

Sekilas

  • Pelakon Zila Bakarin mendedahkan anaknya pernah dibuli bukan sahaja oleh rakan sebaya malah oleh guru di sekolah.
  • Zila terpaksa menukar sekolah anaknya beberapa kali untuk melindungi kesihatan mentalnya kerana buli masih berterusan di sekolah baharu.
  • Anak-anak Zila hanya mahu diterima seperti orang lain tanpa layanan istimewa walaupun menghadapi penghinaan dan buli.

Pelakon, Zila Bakarin menyorot perhatian apabila mendakwa anaknya pernah berdepan pengalaman dibuli di sekolah.

Menurut Zila, anaknya bukan sahaja dibuli rakan sebaya malah turut menerima layanan kurang baik daripada segelintir guru.

“Anak saya bukan sahaja dibuli oleh kawan-kawan sekolah bahkan dibuli cikgu juga pernah.

“Kita selalu cakap soal dibuli rakan tetapi pernah terfikir tak yang cikgu pun buli anak murid? Buli bukan sekadar fizikal tapi dari percakapan juga boleh.

“Bila hantar sekolah, depan kita baik saja dia anak tapi belakang kita dia mengata mengenai fizikal anak saya. Mereka sentuh soal wajah anak saya serta fizikal anak saya.,” kongsinya.

Zila berkongsi perkara tersebut ketika menjadi tetamu sesi podcast Myn And Cat yang dikendalikan dua pelakon popular, Yasmin Hani dan Catriona Ross.

Keadaan itu membuatkan Zila terpaksa mengambil keputusan menukarkan anaknya ke sekolah yang lain bagi menjamin kesihatan mental.

Walau bagaimanapun, anak-anaknya dilihat terus menjadi mangsa buli dan sukar diterima rakan-rakan yang baharu sehinggakan pelakon berusia 51 tahun ini tertanya-tanya apakah salah dan doa anaknya.

“Jadi, saya pindahkan anak ke sekolah yang lain. Bila tukarkan sekolah, cikgu okay tapi kawan-kawan pula tak okay. Bila dengan murid lain mereka tak suka nak berkawan dengan anak saya.

“Kadang-kadang terfikir apa dosa anak saya? Bila fikir balik mungkin mereka tak sukakan saya sebab ada ya orang yang tak sukakan artis.

“Saya dah dua hingga tiga kali tukarkan sekolah anak sebab nak bawa lari dari benda (buli) itu. Saya tak nak hadap pun mereka-mereka yang buli. Sampai satu tahap dah tahu dah nak tukarkan ke sekolah yang mana,” luahnya lagi.

Sementara itu, menerusi Threada, Zila memaklumkan bahawa dia tidak kisah sekiranya dihina, namun hatinya sedih apabila anak-anak turut menerima tempias.

Menurut Zila, anak-anaknya tidak pernah meminta untuk dipilih atau diberikan layanan istimewa, sebaliknya hanya mahu diterima seperti orang lain.

Sumber: YouTube MynandCat, Threads

Anda mungkin berminat dengan

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

Advertisement