Skip to main content

Hiburan

“Banyak Kenangan Bersama Sebab Kita…” - Pernah Jadi Anak Didik, Shiha Zikir Kenang Pesanan Allahyarham Sharifah Aini

ASTROGEMPAK Shiha

Sekilas

  • Shiha Zikir bersyukur pernah berguru dengan Allahyarham Sharifah Aini dan masih mengingati segala pesanan arwah hingga kini.
  • Hubungan mereka kekal erat sejak program realiti Mentor sehingga akhir hayat Biduanita Negara itu.
  • Shiha akan mempersembahkan lagu-lagu Sharifah Aini bersama Malaysian Philharmonic Orchestra pada 6 Jun, mengajak peminat hadir dan menempah tiket segera.
Advertisement

Penyanyi Shiha Zikir meluahkan rasa syukur kerana pernah menjadi anak didik kepada Allahyarham Sharifah Aini, malah mengakui segala pesanan arwah masih segar dalam ingatannya hingga ke hari ini.

 

Advertisement

Menerusi perkongsian di Threads, Shiha berkata kenangan bersama insan yang mesra dipanggil ‘Ummi’ itu terlalu banyak untuk dilupakan.

 

Apatah lagi hubungan mereka tidak pernah terputus sejak menyertai sebuah program realiti sehingga ke akhir hayat Biduanita Negara itu.

 

“Segala pesanan Ummi sentiasa Shiha ingat. Begitu juga dengan kenangan. Banyak sangat kenangan bersama sebab kita tak putus hubungan sejak Mentor sampai ke akhir hayat Ummi.

 

“Berguru dengan Ummi adalah satu pengalaman yang sangat berharga. Takkan Shiha lupakan sampai bila-bila,” katanya.

 

Dalam perkongsian sama, Shiha turut menzahirkan penghargaan kepada Malaysian Philharmonic Orchestra atas undangan untuk mempersembahkan lagu-lagu nyanyian Allahyarham Sharifah Aini. 

 

“Terima kasih @malaysianphilharmonicorchestra atas undangan untuk Shiha persembahkan lagu-lagu nyanyian Biduanita Negara, Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini.

 

“Terharu, sebak dan bahagia sangat bila terima tawaran ni. Moga 6 Jun nanti, menjadi malam pengubat rindu buat semua peminat Ummi. Jemput datang semua. 

 

“Dan sila tempah tiket di mpo.com.my Jumpa nanti… Al-Fatihah,” kongsinya lagi. 

 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

PUMA BMW M Motorsport Essentials Logo Tee Men

PUMA BMW M Motorsport Essentials Logo Tee Men

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

Must Watch Video

Advertisement