Sekilas
Pelakon Shakilla Khoriri meluahkan rasa sebak apabila anak perempuannya, Ameena Sofia, meraikan majlis graduasi selepas tiga tahun melalui perjalanan awal persekolahan.
Menerusi perkongsian di Instagram, Shakilla berkongsi luahan hati mengenai pengorbanan yang dilakukan demi memastikan Ameena dapat menikmati dunia pembelajaran dengan tenang.
“Tiga tahun yang bukan mudah untuk aku dalam dunia ‘sekolah’ untuk Ameena.
“Macam-macam yang terjadi sepanjang tiga tahun ni tapi aku tepis, aku telan dan aku cuba hadam untuk buat Ameena rasa seronoknya journey dia belajar dalam suasana yang aman dan seronok explore dalam dunia dia dan kawan-kawan dia.
“Menguruskan Ameena sorang bukan senang tapi aku ambil semua sebagai cabaran dan hari ni aku boleh senyum tengok apa dan siapa Ameena hari ni.
“Anak yang menyenangkan. Ringan tulang dan suka tolong orang walaupun kadang-kadang macam jadi orang suruhan bila waktu main dengan kawan lain,” tulisnya.
Shakilla turut mengakui bahawa mendidik anak pada zaman sekarang bukan perkara mudah, apatah lagi mencari keseimbangan antara disiplin, berdikari, hormat-menghormati dan tanggungjawab.
“Nak mendidik anak dalam dunia sekarang tak senang kan? Nak balancekan dia hidup berdikari, disiplin, hormat, tanggungjawab basic kehidupan dan macam-macam.
“Tapi insya-Allah, sebagai parents, berjuanglah kita untuk suatu masa ni untuk anak-anak. Banyak yang kena korbankan.”
Menurut Shakilla lagi, dia tidak menafikan terlalu banyak pengorbanan dilakukan untuk Ameena namun yakin segala usaha itu akan membuahkan hasil.
“Banyak yang aku korbankan untuk Ameena. Tapi aku yakin, aku mungkin banyak kalah dan lelah sekarang tapi insya-Allah Allah bantu panjangkan doa aku yang seorang pendosa ni untuk Ameena Sofia. Jadilah anak yang baik. Perjalanan Ameena masih panjang. Umi tak tahu nak rasa apa, tapi Umi bangga jadi Umi Ameena.”
Dalam perkongsian sama, Shakilla turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa berdiri di belakangnya dan memberikan sokongan sepanjang perjalanan tersebut.
“Hari ni Umi berjuang bukan sorang tapi ada ramai dekat belakang Umi yang menyokong dan ada untuk kita. Terima kasih semua,” katanya.
Pelakon Shakilla Khoriri meluahkan rasa sebak apabila anak perempuannya, Ameena Sofia, meraikan majlis graduasi selepas tiga tahun melalui perjalanan awal persekolahan.
Menerusi perkongsian di Instagram, Shakilla berkongsi luahan hati mengenai pengorbanan yang dilakukan demi memastikan Ameena dapat menikmati dunia pembelajaran dengan tenang.
“Tiga tahun yang bukan mudah untuk aku dalam dunia ‘sekolah’ untuk Ameena.
“Macam-macam yang terjadi sepanjang tiga tahun ni tapi aku tepis, aku telan dan aku cuba hadam untuk buat Ameena rasa seronoknya journey dia belajar dalam suasana yang aman dan seronok explore dalam dunia dia dan kawan-kawan dia.
“Menguruskan Ameena sorang bukan senang tapi aku ambil semua sebagai cabaran dan hari ni aku boleh senyum tengok apa dan siapa Ameena hari ni.
“Anak yang menyenangkan. Ringan tulang dan suka tolong orang walaupun kadang-kadang macam jadi orang suruhan bila waktu main dengan kawan lain,” tulisnya.
Shakilla turut mengakui bahawa mendidik anak pada zaman sekarang bukan perkara mudah, apatah lagi mencari keseimbangan antara disiplin, berdikari, hormat-menghormati dan tanggungjawab.
“Nak mendidik anak dalam dunia sekarang tak senang kan? Nak balancekan dia hidup berdikari, disiplin, hormat, tanggungjawab basic kehidupan dan macam-macam.
“Tapi insya-Allah, sebagai parents, berjuanglah kita untuk suatu masa ni untuk anak-anak. Banyak yang kena korbankan.”
Menurut Shakilla lagi, dia tidak menafikan terlalu banyak pengorbanan dilakukan untuk Ameena namun yakin segala usaha itu akan membuahkan hasil.
“Banyak yang aku korbankan untuk Ameena. Tapi aku yakin, aku mungkin banyak kalah dan lelah sekarang tapi insya-Allah Allah bantu panjangkan doa aku yang seorang pendosa ni untuk Ameena Sofia. Jadilah anak yang baik. Perjalanan Ameena masih panjang. Umi tak tahu nak rasa apa, tapi Umi bangga jadi Umi Ameena," ujarnya.
Dalam perkongsian sama, Shakilla turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa berdiri di belakangnya dan memberikan sokongan sepanjang perjalanan tersebut.
“Hari ni Umi berjuang bukan sorang tapi ada ramai dekat belakang Umi yang menyokong dan ada untuk kita. Terima kasih semua,” katanya.
Sumber: Instagram