Skip to main content

Hiburan

Bapa Allahyarham Along Spoon Meninggal Dunia Pada Usia 76 Tahun

Bapa Allahyarham Along Spoon Meninggal Dunia Pada Usia 76 Tahun

Sekilas

  • Bapa kepada Allahyarham Along Spoon, Shafiee Mohd Yusof atau Pak Engku, meninggal dunia pada usia 76 tahun di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, UKM.
  • Beliau menghadapi beberapa masalah kesihatan seperti kencing manis, penyakit buah pinggang dan jantung, serta sering dimasukkan ke hospital sebelum meninggal.
  • Jenazah dibawa ke surau PPR Sri Alam untuk urusan mandi dan kafan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.
Advertisement

Bapa kepada Allahyarham Along Spoon, Shafiee Mohd Yusof meninggal dunia pada usia 76 tahun di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Cheras, petang semalam.

Memetik laporan Berita Harian, berita pemergian Shafiee atau lebih dikenali sebagai Pak Engku disahkan anak saudara Allahyarham yang juga sepupu Along, Romy Hirman.

Menurut Romy, Pak Engku yang menetap di PPR Sri Alam, Sungai Besi berdepan beberapa masalah kesihatan termasuk kencing manis, penyakit buah pinggang dan jantung serta kerap keluar masuk hospital.

“Arwah memang sering keluar masuk hospital akibat penyakitnya. Dia kembali dimasukkan ke hospital baru-baru ini sehinggalah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 2.20 petang semalam,” katanya.

Jenazah Allahyarham dibawa ke surau PPR Sri Alam hari ini untuk urusan mandi dan kafan selain memberi ruang kepada sanak-saudara serta kenalan memberikan penghormatan terakhir.

Selepas itu, jenazah dijadualkan dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara untuk dikebumikan.

“Mulanya kami bercadang nak kebumikan malam tadi tetapi tak sempat kerana perlu melalui pelbagai proses,” ujarnya.

Romy berkata, dia mempunyai hubungan rapat dengan Allahyarham memandangkan mereka tinggal berdekatan selain pernah terlibat bersama kumpulan Spoon sebagai penulis lirik untuk beberapa lagu.

Untuk rekod, Pak Engku mempunyai lima orang anak termasuk Allahyarham Along atau nama sebenarnya Sabi’ul Malik Shafie. 

Sumber: Berita Harian

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement