Skip to main content

Hiburan

Bapa Fatin Afeefa Meninggal Dunia - “Saya Dan Adik Berada Di Sisinya...”

Astro Gempak 529

Sekilas

  • Pelakon Fatin Afeefa berkongsi berita sedih tentang pemergian bapanya, Shamsudin, yang meninggal dunia pada awal pagi Sabtu.
  • Fatin dan adik perempuannya berada di sisi arwah ketika saat-saat terakhir, dan dia masih sukar menerima kehilangan tersebut.
  • Fatin memuat naik foto kenangan bersama bapanya di Instagram sebagai tanda penghargaan, sambil menerima ucapan takziah daripada pengikut dan rakan selebriti.

Pelakon Fatin Afeefa berkongsi khabar duka apabila bapanya, Shamsudin menghembuskan nafas terakhir pada awal pagi Sabtu.

Menerusi satu perkongsian di Threads, Fatin memaklumkan dia serta adik perempuannya berada di sisi arwah ketika saat-saat terakhir itu.

dvfg


“Hari ini, saya mengucapkan selamat tinggal kepada baba saya. Arwah meninggal dunia pada pukul 3.48 pagi.

“Saya dan adik perempuan saya berada di sisinya ketika itu,” tulisnya.

Menurut pelakon berusia 31 tahun itu, dia masih sukar menerima hakikat kehilangan insan yang sangat disayanginya.

“Saya rasa perkara ini masih belum benar-benar saya terima sepenuhnya.

“Saya sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak saya katakan,” ujarnya.

Sementara itu, menerusi Instagram, Fatin turut memuat naik beberapa foto kenangan bersama arwah bapanya sebagai tanda penghargaan dan kasih sayang yang tidak pernah pudar.

“Terima kasih kerana menyayangi saya sepanjang hayatmu.

“Saya akan merinduimu sepanjang hayat saya,” katanya.

Perkongsian tersebut mengundang rasa sebak dalam kalangan pengikut dan rakan selebriti yang membanjiri ruangan komen dengan ucapan takziah serta doa buat Allahyarham.

Bagaimanapun, Fatin tidak berkongsi maklumat lanjut mengenai punca kematian bapanya.

Gempak mendoakan semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan keluarga yang ditinggalkan diberi kekuatan menghadapi kehilangan tersebut.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Must Watch Video

Advertisement