Skip to main content

Hiburan

Bapa Khai Bahar Meninggal Dunia

Bapa Khai

Bapa kepada penyanyi, Khai Bahar iaitu Baharudddin Bakri dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhirnya pada Jumaat. 

Berita sedih itu dikongsikan sendiri oleh Khai menerusi hantaran di Instagram Story. 

Advertisement

"Takziah buat keluarga Khai Bahar, Kyra Bahar atas pemergian ayanda mereka. 

"Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah,diampunkan segala dosa, dan ditempatkan bersama orang-orang beriman," kongsi Khai. 

Sementara itu, sumber terdekat memaklumkan, Allahyarham meninggal disebabkan sakit tua. 

"Ayah dia memang dah sakit, sakit tua sama. Meninggal dalam pukul 9 macam tu," kata sumber tersebut. 

Gempak juga cuba menghubungi Khai Bahar namun tiada respon setakat ini.

Must-Watch Video

Advertisement