Skip to main content

Hiburan

Bapa Kmy Kmo Meninggal Dunia Di Hospital

Bapa Kmy Kmo

Sekilas

  • Bapa penyanyi rap Kmy Kmo, Mohamed Azmaili Ismail, meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan pada awal pagi Sabtu.
  • Kmy Kmo mengumumkan berita sedih itu melalui hantaran di Threads dan memohon doa untuk kesejahteraan roh arwah bapanya.
  • Sebelum ini, Mohamed Azmaili dilaporkan kritikal akibat serangan jantung dan komplikasi kesihatan lain, serta menjalani rawatan dialisis hampir 23 tahun.
Advertisement

Bapa kepada penyanyi rap dan komposer, Kmy Kmo iaitu Mohamed Azmaili Ismail meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, Pahang pada 2.38 pagi, Sabtu. 

 

Advertisement

Khabar duka itu dikongsikan sendiri oleh Kmy Kmo atau nama sebenarnya Lukmanul Hakim Mohamed Azmaili menerusi hantaran di Threads miliknya.

 

"Salam semua, saya nak maklumkan, abah saya Mohamed Azmaili Ismail baru sahaja meninggalkan kita semua pada 2.38 pagi tadi di HTAA.

Advertisement

 

"Saya di HTAA sedang menyebarkan berita ini kepada semua kenalan Allahyarham dan diminta panjangkan berita ini kepada semua adik-beradik, ahli keluarga, dan juga kenalan-kenalan Allahyarham," tulisnya.

 

Penyanyi yang popular menerusi lagu Gong Nekara dan 7 Nasihat itu turut memohon agar orang ramai mendoakan kesejahteraan roh arwah bapanya.

 

"Innalillahiwainnalilahirajiun. Apa-apa maklumat terkini saya akan maklumkan dari semasa ke semasa," tulisnya.

 

Hantaran itu dipenuhi dengan ucapan takziah daripada peminat serta rakan artis yang turut bersedih atas kehilangan itu.

 

Terdahulu, pada 17 Oktober lalu, Kmy berkongsi bapanya berada dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat serangan jantung serius dan komplikasi kesihatan lain.

 

Menurutnya, bapanya yang sudah menjalani rawatan dialisis hampir 23 tahun mengalami penurunan fungsi jantung yang semakin merosot dari hari ke hari.

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement