Skip to main content

Hiburan

Bapa Yana Samsudin Meninggal Dunia - “Terima Kasih Menjadi Ayah Yang Terbaik Buat Kami”

Yana Samsudin

Sekilas

  • Pelakon Yana atau Norliana Samsudin berkongsi berita sedih pemergian bapanya, Haji Samsudin bin Jamuri, yang meninggal dunia pada 27 Jun 2026 selepas rebah usai solat Maghrib.
  • Arwah bapanya disolatkan di Masjid Jamek Yong Peng selepas solat Isyak dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Yong Peng, Johor.
  • Yana mengucapkan terima kasih kepada arwah atas kasih sayang dan didikan sebagai seorang bapa yang baik kepada dirinya dan adik-beradik.
Advertisement

Berita sedih itu dikongsikan sendiri Yana atau Norliana Samsudin menerusi satu hantaran di Instagram (IG).

Menerusi perkongsian yang dibuat, pelakon filem Bini-Biniku Gangster itu memaklumkan bahawa arwah bapanya rebah usai menunaikan solat maghrib pada Khamis sebelum disahkan meninggal dunia di hospital pada Sabtu.

Advertisement

“Dengan penuh dukacita, memaklumkan bahawa Abah saya, Haji Samsudin bin Jamuri, telah kembali ke rahmatullah pada jam 1.50 petang, Sabtu, 27 Jun 2026, bersamaan 11 Muharram 1448H.

“Arwah telah rebah selepas menunaikan solat Maghrib ketika sedang berzikir sebelum sempat mengakhiri doa pada hari Khamis, dan selepas menerima rawatan, Allah SWT akhirnya menjemput beliau pulang ke sisi-Nya pada hari ini (Sabtu),” kongsinya.

Di akhir perkongsian, Yana menzahirkan ucapan terima kasih buat arwah kerana telah menjadi seorang bapa yang baik buatnya dan adik-beradik.

Sementara itu, Yana turut memaklumkan bahawa jenazah Allahyarham akan disolatkan di Masjid Jamek Yong Peng, Johor selepas solat Isyak sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Yong Peng (bersebelahan Lebuhraya PLUS).

Salam takziah diucapkan buat Yana dan keluarga.

Sumber: Instagram

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement