Skip to main content

Hiburan

“Barbie Jadi Bab*, Mesti Ini Typo” - Fasha Sandha

“Barbie Jadi Bab*, Mesti Ini Typo” - Fasha Sandha

Sekilas

  • Fasha Sandha menerima komen negatif di media sosial yang menggelarnya dengan panggilan kurang sopan, namun memilih untuk bersangka baik.
  • Anaknya memaklumkan tentang komen tersebut, dan Fasha berpendapat ia mungkin kesalahan ejaan atau typo daripada pengikutnya yang sebenar.
  • Pelakon itu mengajak orang ramai untuk sentiasa berfikiran positif dan tenang dalam menghadapi situasi yang boleh disalah tafsir.
Advertisement

Pelakon Fasha Sandha memilih untuk bersangka baik selepas menerima satu komen daripada pengguna media sosial yang menggelar dirinya dengan panggilan bab*.

Menurut Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 42, situasi tersebut dimaklumkan sendiri oleh anaknya yang menghantar mesej kepadanya ketika dia dalam perjalanan ke lokasi penggambaran.

Advertisement

“Barbie jadi ba**. Perbualan ibu dan anak seawal pagi. Mula-mula macam terkejut juga pagi-pagi dalam perjalanan nak pergi penggambaran, anak dah mesej meluahkan perasaan.

“Tapi saya cepat-cepat think outside the box. Bersangka baik,” katanya menerusi perkongsian dalam Threads.

rgthy

Jelas pelakon filem Anak Mami Kembali itu, dia tidak mahu terburu-buru membuat andaian negatif walaupun komen tersebut pada mulanya boleh disalah tafsir.

Advertisement

“Selalunya bab komen ini saya memang tak berapa ambil perhatian, tapi keluarga memang laju baca.

“Lepas saya berfikir sejenak, takkanlah mak cik ini nak mencarut.

“Dia ikut saya, tak guna akaun palsu, muka pun suci, orang Negeri Sembilan pula.

“Mesti ini typo (salah eja). Alhamdulillah, dapatlah mempositifkan diri saya,” ujarnya.

Malah, Fasha turut mengajak orang ramai untuk sentiasa berfikiran positif dalam berdepan situasi yang boleh mengundang salah faham.

“Ingat tau, kita kena selalu think outside the box. Lebih tenang.

“Apapun, terima kasih mak cik panggil saya Barbie,” selorohnya.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

YAN@YAN Seluar Pastel dengan Reben Lace | Lembut & Bergaya-P002

YAN@YAN Seluar Pastel dengan Reben Lace | Lembut & Bergaya-P002

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Kids Bracelet Gelang Tangan Budak Gila-Gila 0.2CM (9560201)

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Kids Bracelet Gelang Tangan Budak Gila-Gila 0.2CM (9560201)

YOUMILIER Sweatshirt Pants Set 8062

YOUMILIER Sweatshirt Pants Set 8062

SHEGLAM Camera On Smooth Blur Primer Smooth Poreless Moisturizing Face Base

SHEGLAM Camera On Smooth Blur Primer Smooth Poreless Moisturizing Face Base

[7.7 Exclusive Offer] REJURAN Dual Effect Ampoule in Mask Firming & Radiance 5 Sheets | Firming, Radiance, Plumping

[7.7 Exclusive Offer] REJURAN Dual Effect Ampoule in Mask Firming & Radiance 5 Sheets | Firming, Radiance, Plumping

TBTIC Case For iPad Air 8/7/6/M3 2025/6 Pro 11 2024/Air 5/4 10.9 12th/11 A16/10th/9/8 Gen 7th 10.2 6th/5th 9.7/Mini 6

TBTIC Case For iPad Air 8/7/6/M3 2025/6 Pro 11 2024/Air 5/4 10.9 12th/11 A16/10th/9/8 Gen 7th 10.2 6th/5th 9.7/Mini 6

Must Watch Video

Advertisement