Sekilas
- Sheila Rusly memuji hubungan Tun Dr Mahathir dan Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah sebagai contoh cinta dan kesetiaan selama 70 tahun.
- Sheila berkongsi pandangan dan pengalaman peribadi mengenai cabaran dalam rumah tangga selepas lebih 30 tahun berkahwin dengan Datuk Azman Yahya.
- Netizen memberikan sokongan dan doa agar rumah tangga Sheila dan suami terus diberkati dan bahagia hingga ke akhir hayat.
Pengarah dan penerbit, Sheila Rusly menyifatkan hubungan rumah tangga bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali sebagai antara contoh terbaik mengenai erti cinta dan kesetiaan.
Menerusi hantaran di Threads, Sheila berkata, selepas lebih tiga dekad menjalani kehidupan berumah tangga, masih ada sahaja perkara yang boleh menjadi rungutan atau dirasakan tidak kena dalam sesebuah hubungan.
“Baru 30 tahun hidup bersama dah mengeluh, ada je nak complaint… ada je yang tak kena.
“Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah setia 70 tahun sampai akhir hayat. Role model yang terbaik buat kita semua.
“Al-Fatihah buat Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali,” tulisnya.
Dalam pada itu, pelakon yang popular menerusi watak Malika dalam drama Cucu Betong itu turut berseloroh mengenai dirinya yang disifatkan sebagai individu yang sentiasa mempunyai perkara untuk diadu dalam rumah tangga.
Perkongsian tersebut kemudiannya menarik perhatian netizen yang rata-rata bersetuju dengan pandangan Sheila mengenai erti kesetiaan dalam sesebuah hubungan.
Malah, ada antara mereka turut menitipkan doa agar rumah tangga Sheila bersama suaminya, Datuk Azman Yahya atau lebih dikenali sebagai Tok Sidang, terus dilindungi serta dirahmati Allah SWT.
“Betul sis… lambang cinta sejati. Semoga sis dan Tok Sidang pun dilindungi Allah dan dirahmati selalu. Amin ya Rabb.”
“Moga Allah jaga hubungan suami isteri ini hingga jannah. Moga Allah pelihara Sis dan Tok Sidang.”
“Indeed cinta sejati bak kata Tun M… bukan mencari yang sempurna tapi tolerate. Awesome.”
“Moga kekal hingga syurga.”
“Semoga kekal bahagia till jannah sis & TS,” antara komen netizen.
Sekadar info, Sheila dan Azman Yahya mendirikan rumah tangga pada 1997 dan kini telah lebih 30 tahun bersama. Hasil perkahwinan itu, pasangan berkenaan dikurniakan dua cahaya mata, Uzair Haqimy dan Uzair Haqimy.
YABhg. Tun Dr. Hasmah binti Mohamad Ali meninggal dunia pada usia 100 tahun pada 16 Rabiulakhir 1448H.