Skip to main content

Indonesia

Baru 8 Bulan, Bekas Pekerja ‘Kebas’ Duit Pelakon Wanita Popular Lebih RM700,000

Baru 8 Bulan, Bekas Pekerja ‘Kebas’ Duit Pelakon Wanita Popular Lebih RM700,000

Sekilas

  • Amanda Manapo mengalami kerugian hampir RM770,000 selepas bekas pekerjanya menyeleweng dana syarikat dalam tempoh lapan bulan.
  • Penyelewengan itu dikesan selepas Amanda memecat pekerja terbabit dan menjalankan audit menyeluruh ke atas akaun syarikat.
  • Peguam Amanda mengesahkan tindakan undang-undang sedang dijalankan untuk siasatan dan mendapatkan keadilan terhadap kes penggelapan dana tersebut.
Advertisement

Pelakon popular, Amanda Manapo mendakwa dirinya mengalami kerugian sehingga mencecah RM770,000 selepas seorang bekas pekerjanya menyeleweng duit syarikat.

Menurut bintang Ikatan Cinta itu, jumlah kerugian yang dianggarkan mencecah hampir Rp3 bilion (sekitar RM770,000) itu berlaku dalam tempoh hanya lapan bulan individu berkenaan bekerja dengannya.

Advertisement

Amanda berkongsi perkara itu selepas selesai memberi keterangan di Polres Metro Jakarta Selatan pada Rabu.

"Kerugian itu dianggarkan hampir Rp3 bilion. Sepanjang dia bekerja hampir lapan bulan, jumlah itu sudah mencecah hampir Rp3 bilion dan ia benar-benar memberi kerugian kepada saya," katanya seperti dilaporkan Liputan6.com

Mengimbas kronologi kes, Amanda baru menyedari penyelewengan tersebut hanya disedari selepas dia mengambil keputusan memecat pekerja terbabit atas alasan salah laku di tempat kerja.

"Perkara ini mula terbongkar selepas saya membuat keputusan untuk memecatya. Pemecatan itu sebenarnya dibuat kerana ada tindakan yang tidak menyenangkan," ujarnya.

Selepas pemecatan dilakukan, wanita berusia 26 tahun itu bersama pasukannya segera menjalankan audit menyeluruh terhadap akaun syarikat.

Hasil semakan itu mendedahkan wujudnya transaksi mencurigakan yang membawa kepada dakwaan penyelewengan dana syarikat dalam jumlah yang besar.

"Apabila mengetahui perkara itu, saya terus mengambil tindakan. Kami kemudian mengaudit semua akaun syarikat dan akhirnya semuanya menjadi sangat jelas," katanya lagi.

Sementara itu, peguam Amanda, Sandy Arifin, memaklumkan pihaknya kini memberi tumpuan sepenuhnya kepada siasatan berhubung dakwaan penggelapan dana tersebut.

"Buat masa ini kami memberi fokus kepada kes penggelapan wang milik Amanda dan syarikatnya," katanya.

Menurut Sandy, tindakan undang-undang diteruskan bagi mengenal pasti jumlah sebenar kerugian serta mendapatkan keadilan terhadap dakwaan penyalahgunaan dana syarikat.

Setakat ini, Amanda masih belum mendedahkan identiti bekas pekerja yang dilaporkan atau kronologi penuh kejadian.

Bagaimanapun, pelakon itu menegaskan dia memilih mengambil tindakan tegas selepas audit dalaman menemukan bukti yang dipercayai menunjukkan berlaku penyelewengan kewangan. Kes berkenaan kini masih dalam siasatan pihak polis Indonesia.

Amanda diketahui memiliki bisnes atau syarikat produk kecantikan dan penjagaan kulit.

Anda mungkin berminat dengan

VIRTOK Shoupin首品 Hair Dye Full Set Free Tools & Developer Pewarna Rambut Hair Colour 染发剂流行色染发膏奶茶灰棕

VIRTOK Shoupin首品 Hair Dye Full Set Free Tools & Developer Pewarna Rambut Hair Colour 染发剂流行色染发膏奶茶灰棕

Laneige Lip Sleeping Mask

Laneige Lip Sleeping Mask

[NEW] [medicube official] Kojic Acid Turmeric Vita Jelly Mist Serum

[NEW] [medicube official] Kojic Acid Turmeric Vita Jelly Mist Serum

LANEIGE Water Bank Blue Hyaluronic Emulsion 120ml -Intensive Hydrating Emulsion, for Combination-Oily Skin

LANEIGE Water Bank Blue Hyaluronic Emulsion 120ml -Intensive Hydrating Emulsion, for Combination-Oily Skin

DAZZLE ME Better Than Filter Double Kill Two Way Cake Powder High Coverage & Oil Control Bedak Padat Tahan lama

DAZZLE ME Better Than Filter Double Kill Two Way Cake Powder High Coverage & Oil Control Bedak Padat Tahan lama

Suu Balm Rapid Itch Relief Spray Moisturiser 40ml/100ml (EXP: 08/2027)

Suu Balm Rapid Itch Relief Spray Moisturiser 40ml/100ml (EXP: 08/2027)

Must Watch Video

Advertisement