Skip to main content

Kecantikan

Baru Bergelar Ratu Cantik, Miss Universe Vietnam 2026 Digantung Enam Bulan Gara-Gara Isu Buli

Baru Bergelar Ratu Cantik, Miss Universe Vietnam 2026 Digantung Enam Bulan Gara-Gara Isu Buli

Sekilas

  • Nguyen Quynh Anh, Miss Universe Vietnam 2026, dikenakan larangan membuat penampilan di pentas selama enam bulan akibat isu buli di media sosial.
  • Naib juara Trinh My Anh turut digantung aktiviti pentas selama tiga bulan selepas terlibat dalam perbualan peribadi yang mengandungi komen ejekan terhadap beberapa individu.
  • Quynh Anh tidak akan mewakili Vietnam di Miss Universe 75 kerana pertikaian antara pemegang hak penyertaan serantau dan organisasi Miss Universe, bukan kerana isu buli.
Advertisement

Belum pun sebulan dinobatkan sebagai Miss Universe Vietnam 2026, Nguyen Quynh Anh sudah berdepan kontroversi apabila dikenakan hukuman larangan membuat penampilan di pentas selama enam bulan susulan isu buli di media sosial.

Lebih mengejutkan, naib juara pertandingan berkenaan, Trinh My Anh turut menerima hukuman penggantungan aktiviti pentas selama tiga bulan selepas kedua-duanya dikaitkan dengan perbualan peribadi yang mengandungi komen berunsur ejekan terhadap beberapa individu.

Advertisement

Menurut laporan Wolipop, tindakan tersebut diumumkan oleh organisasi Miss Universe Vietnam pada 25 Oktober lalu selepas tangkap layar perbualan kumpulan peribadi yang melibatkan kedua-dua ratu cantik itu tersebar di media sosial.

Difahamkan, perbualan berkenaan mengandungi kenyataan yang memperlekehkan beberapa individu yang terlibat dalam pertandingan tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Five6 Entertainment yang juga penganjur Miss Universe Vietnam 2026, Pham Duy Khanh berkata, tindakan disiplin itu diambil bagi memastikan peserta pertandingan kecantikan lebih bertanggungjawab terhadap tutur kata dan tingkah laku mereka.

Advertisement

“Bentuk hukuman ini bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai tanggungjawab dalam pertuturan dan tingkah laku, selain memastikan standard yang sewajarnya dipatuhi oleh individu dalam industri kecantikan,” katanya seperti dipetik daripada VN Express.

Menurut pihak penganjur, keputusan tersebut dibuat selepas perbincangan bersama individu terlibat serta mesyuarat dengan barisan juri.

Meskipun Quynh Anh dan My Anh sudah membuat permohonan maaf secara terbuka pada 13 Oktober lalu, organisasi berkenaan tetap meneruskan tindakan disiplin terhadap mereka.

Kedua-duanya sebelum ini mengakui kesilapan masing-masing dan menyifatkan kontroversi tersebut sebagai pengajaran untuk menjadi individu yang lebih matang.

Selain larangan penampilan, mereka juga perlu mematuhi sebarang kewajipan pembayaran denda mengikut keputusan pihak berkuasa dan peruntukan undang-undang yang berkenaan, sekiranya dikenakan.

Dalam perkembangan berkaitan, kontroversi tersebut bukan satu-satunya perkara yang mengecewakan Quynh Anh selepas dia turut disahkan tidak akan mewakili Vietnam pada pertandingan Miss Universe edisi ke-75 di Puerto Rico.

Bagaimanapun, keputusan itu tidak berkaitan dengan isu buli, sebaliknya berpunca daripada pertikaian antara pemegang hak penyertaan serantau dengan organisasi Miss Universe.

Pada 21 Oktober lalu, pihak pemegang hak berkenaan mengumumkan bahawa wakil dari enam negara iaitu Vietnam, Thailand, Indonesia, Singapura, Laos dan Malaysia tidak akan menyertai pertandingan tersebut.

Quynh Anh dilaporkan kecewa dengan perkembangan berkenaan, namun menerima keputusan itu.

Untuk rekod, Quynh Anh, 27, dinobatkan sebagai Miss Universe Vietnam 2026 pada malam kemuncak pertandingan yang berlangsung di Hai Phong pada 2 Oktober lalu.

Wanita berasal dari Hanoi itu sebelum ini pernah meraih tempat kedua dalam pertandingan The Face Vietnam 2018 dan memenangi Asian Supermodel, selain turut berkecimpung dalam bidang lakonan.

Sumber: VN Express

Anda mungkin berminat dengan

TIMAGE 3-Color Blush Palette

TIMAGE 3-Color Blush Palette

Natalie Comfy Fit Footbed Microfiber Leather Heels

Natalie Comfy Fit Footbed Microfiber Leather Heels

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

Laneige Lip Sleeping Mask

Laneige Lip Sleeping Mask

Indian Wedding Forehead Netti Pattam & Hand Wrist Pattam Gold Plated Traditional Bridal Ceremony Set

Indian Wedding Forehead Netti Pattam & Hand Wrist Pattam Gold Plated Traditional Bridal Ceremony Set

Must Watch Video

Advertisement