Skip to main content

Berita Tempatan

Baru Enam Tahun Dalam Industri, Iman Troye Jana RM2.5 Juta Dalam Setahun

Baru Enam Tahun Dalam Industri, Iman Troye Jana RM2.5 Juta Dalam Setahun

Sekilas

  • Iman Troye berjaya menjana pendapatan RM2.5 juta sepanjang tahun 2025 dan menerima pengiktirafan sebagai Diamond Artist daripada XO House.
  • Iman merupakan artis pertama yang ditandatangani XO House dan telah berkembang sebagai penyanyi serta penghibur selama enam tahun.
  • Iman kini bergandingan dengan Asslahierah dalam lagu terbaru ‘Jung Jung Inai’ yang sudah mencatat lebih 1.5 juta streams sebelum pelancaran video muzik rasmi.
Advertisement

Penyanyi Iman Troye mencatat satu lagi pencapaian dalam kerjayanya apabila berjaya menjana hasil pendapatan sebanyak RM2.5 juta sepanjang tahun 2025.

Pencapaian itu sekali gus menyaksikan penyanyi berkenaan menerima pengiktirafan sebagai Diamond Artist daripada syarikat pengurusannya, XO House.

Advertisement

Iman yang sudah enam tahun berkecimpung dalam industri hiburan merupakan artis pertama yang ditandatangani syarikat berkenaan sebelum berkembang sebagai penyanyi, penghibur serta bekerjasama dengan pelbagai jenama.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas XO House, Adib Hamdi berkata, pencapaian tersebut cukup bermakna apabila melihat perkembangan Iman sejak awal perjalanan kerjayanya.

“Iman mempunyai tempat yang sangat istimewa dalam XO House kerana dia merupakan artis pertama yang kami tandatangani ketika kami memulakan perjalanan ini.

“Melihat sejauh mana dia telah berkembang sepanjang enam tahun ini, daripada permulaan kerjayanya bersama kami sehingga mencapai RM2.5 juta hasil pendapatan pada tahun 2025, merupakan sesuatu yang sangat membanggakan bagi saya.

“Kami telah melihat perkembangan Iman bukan sahaja sebagai seorang artis, tetapi juga sebagai penghibur dan bakat komersial yang kuat.

“Pengiktirafan sebagai Diamond Artist ini mencerminkan segala usaha, konsistensi dan dedikasi yang telah diberikan olehnya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Iman kini bergandingan dengan Asslahierah menerusi karya terbaharu berjudul ‘Jung Jung Inai’.

Advertisement

Menariknya, sebelum video muzik rasmi dilancarkan, lagu tersebut sudah mencatat lebih 1.5 juta streams.

‘Jung Jung Inai’ mengetengahkan gabungan muzik tradisional Melayu dengan bunyi kontemporari selain membawa mesej mengenai adab, budi bahasa serta mengambil iktibar daripada pengalaman hidup.

Karya tersebut ditulis oleh Amirul Azhar, Amir Firdaus dan Iman Alyssa.

Gandingan bersama Asslahierah bukanlah kali pertama buat Iman apabila mereka sebelum ini pernah bekerjasama menerusi ‘Jemput Jemput Raya’ sebagai sebahagian daripada projek 30 Hari 30 Lagu Raya pada Mac lalu.

‘Jung Jung Inai’ kini boleh didengarkan menerusi platform penstriman digital utama.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

Must Watch Video

Advertisement