Skip to main content

Hiburan

Baru Keluar Wad Dah Masuk Semula, Inul Daratista Derita Cirit-Birit & Jangkitan Kuman Selepas Pulang Dari Korea

fgrdf

Sekilas

  • Penyanyi dangdut Indonesia, Inul Daratista, dimasukkan ke hospital selepas pengsan akibat masalah kesihatan termasuk cirit-birit berlarutan dan jangkitan saluran kencing.
  • Inul mengalami keletihan melampau dan masalah pencernaan selepas bercuti di Korea Selatan walaupun menjaga pemakanan dengan teliti.
  • Selepas menerima rawatan dan antibiotik, Inul kini dilaporkan semakin pulih dan berada dalam keadaan stabil.

Penyanyi dangdut terkenal Indonesia, Inul Daratista, terpaksa dimasukkan ke hospital selepas dilaporkan pengsan di bilik mandi akibat masalah kesihatan yang berlarutan.

Menurut laporan di Insert Live, keadaan kesihatan isteri kepada Adam Suseno itu merosot disebabkan keletihan melampau selepas beberapa hari mengalami cirit-birit.

Inul turut berkongsi pengalaman tersebut menerusi Instagram apabila mengakui mengalami cirit-birit ketika bercuti di Korea Selatan dan keadaannya masih belum pulih walaupun sudah pulang ke Indonesia.

“Ketika di Korea beberapa hari cirit-birit, masih boleh tahan mungkin sebab makanan tak sesuai. Saya ambil probiotik. Sampai rumah, seminggu najis masih tak normal, berlendir dan kerap ulang-alik ke tandas,” tulisnya.

Penyanyi lagu Goyang Inul itu sebelum ini dinasihatkan untuk dimasukkan ke hospital, namun memilih berehat di rumah kerana masih mempunyai komitmen kerja.

Bagaimanapun, keadaannya semakin merosot apabila dia pengsan ketika menuju ke bilik air sebelum segera dikejarkan ke Unit Kecemasan hospital (UGD).

“Sambil tahan dan pakai pelapik sebab takut tak sempat. Sekitar jam 9 malam, kepala mula pening, badan rasa ringan sangat. Pergi ke tandas dan saya pun pengsan. Masuk UGD lagi,” katanya.

Inul turut meluahkan rasa hairan kerana mengalami masalah cirit-birit walaupun sangat menjaga pemakanan dan berhati-hati memilih makanan sepanjang berada di Korea Selatan.

“Padahal saya paling jaga pemakanan sihat dan makan dengan betul, tapi tetap ‘kecolongan’. Tak tahu sama ada sebab makan telur separuh masak atau terlalu banyak makan buah bergula di Myeongdong. Saya juga pilih-pilih restoran di sana,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Inul memaklumkan dia terpaksa kembali dimasukkan ke hospital selepas mengalami jangkitan saluran kencing, meskipun baru sahaja dibenarkan keluar selepas enam hari menerima rawatan.

“Alhamdulillah, Allah izinkan saya berehat kerana kerja saya sebelum ini memang luar biasa padat. Saya tidak berdiet, cuma jaga pemakanan sihat, biarlah berisi asalkan sihat. Tetapi tetap juga terkena jangkitan.

“Tak tahu bakteria datang dari mana, mungkin beramai-ramai ‘menyerang’ sistem pencernaan. Lepas enam hari keluar wad, masuk semula sebab jangkitan saluran kencing. Rasa sakit di bahagian perut sampai ke pusat,” katanya.

Bagaimanapun, Inul tetap bersyukur kerana situasi itu memberi ruang untuk dirinya berehat sepenuhnya.

“Dengan keadaan ini, saya boleh berehat, makan dan tidur dengan cukup. Saya tetap bersangka baik dengan Allah. Mungkin ini masa untuk tarik nafas dan bertenang, tidak bekerja terlalu kuat. Alhamdulillah, sekarang semakin baik selepas diberi antibiotik terbaik,” katanya.

Sementara itu, menerusi tinjauan di Instagram Story, Inul dilaporkan semakin pulih dan berada dalam keadaan stabil.

 

Anda mungkin berminat dengan

SKINTIFIC 8-Piece Skincare Set

SKINTIFIC 8-Piece Skincare Set

SKINTIFIC 4-in-1 Day & Night Set

SKINTIFIC 4-in-1 Day & Night Set

Torriden Dive-In Soothing Cream

Torriden Dive-In Soothing Cream

Must-Watch Video

Advertisement