Skip to main content

Hiburan

Baru Main 2 Lagu, Pemain Dram Meditasi Rebah, Meninggal Dunia Sewaktu Buat Persembahan

Raja Azreen dilaporkan  rebah ketika mereka baru menyampaikan lagu kedua berjudul Begini Aku Begitu Engkau.

Sekilas

  • Pemain dram kumpulan Meditasi, Raja Azreen Raja Talib, meninggal dunia pada usia 56 tahun selepas rebah ketika persembahan di Rock Festival Teruntum, Kuantan.
  • Raja Azreen rebah sewaktu lagu kedua dimainkan dan disahkan meninggal dunia di lokasi, walaupun tiada tanda sakit sebelum ini.
  • Jenazah Allahyarham dibawa pulang ke Bangi, Selangor untuk dikebumikan, manakala kumpulan Meditasi dikenali dengan lagu popular era 1990-an.
Advertisement

Pemain dram kumpulan Meditasi, Raja Azreen Raja Talib meninggal dunia pada usia 56 tahun selepas  rebah ketika menjayakan persembahan di Rock Festival Teruntum di Kuantan, Pahang, malam tadi.

Raja Azreen dilaporkan  rebah ketika mereka baru menyampaikan lagu kedua berjudul Begini Aku Begitu Engkau.

Advertisement

"Kami sepatutnya menyampaikan 10 lagu, tetapi baru masuk rangkap kedua, arwah terus rebah,” ujar vokalis kumpulan Meditasi, Bakaruddin Daud, 62, atau Burn seperti dilaporkan Berita Harian.

Menceritakan detik cemas itu, Burn memberitahu dia segera mendapatkan Allahyarham selepas melihat tubuh pemain dram itu tersembam pada dram.

"Saya bergegas menuju ke arah arwah, tetapi saya dapat rasakan arwah seperti sudah tiada. Saya panggil dan tepuk-tepuk arwah, tetapi tiada sebarang tindak balas. Badannya juga sudah sejuk.

"Kami angkat arwah ke belakang pentas dan dalam beberapa minit ambulans tiba. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan," katanya.

Menurut Burn lagi dia dan anggota kumpulan lain terkejut dengan pemergian Raja Azreen yang sebelum itu berpesan agar mereka berpenampilan serba hitam selain berpesan apapun terjadi ‘show must go on’.

Dia juga mengatakan Allahyarham tidak menunjukkan sebarang tanda seperti sakit sepanjang sesi latihan selama tiga hari malah sangat seronok kerana dapat berjumpa kawan-kawan.

“Allahyarham tidak nampak dia sedih atau sakit. Cuma apa yang saya perasan, badannya sangat kurus. Selepas disahkan menghidap kencing manis bulan lalu, arwah sangat menjaga pemakanan dan mengelakkan gula," katanya.

Meditasi berasal dari Kampung Gali Hilir, Raub, Pahang. Mereka popular pada era 1990-an menerusi lagu Bidadari, Hukuman Pada Pesona dan Biar Pedih Kasih Memanjang.

Jenazah Allahyarham Raja Azreen dibawa pulang ke Bangi, Selangor dan dikebumikan di sana.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement