Skip to main content

Hiburan

Baru Sebulan Berniaga Roti Canai Kari Kambing, Rahim Sepahtu Tak Menang Tangan - “Setiap Hari Guna 5KG Kambing”

Baru Sebulan Berniaga Roti Canai Kari Kambing, Rahim Sepahtu Tak Menang Tangan - “Setiap Hari Guna 5KG Kambing”

Sekilas

  • Pelawak dan penyampai radio Rahim Sepahtu kini menjalankan perniagaan roti canai dan kari kambing yang mendapat sambutan hangat sejak sebulan lalu.
  • Rahim menggunakan kira-kira lima kilogram daging kambing setiap hari dan memilih tukang tebar roti canai selepas saringan ketat.
  • Beliau berharap perniagaan ini dapat berkembang dan mungkin membuka gerai baru pada masa akan datang.
Advertisement

Pelawak dan penyampai radio, Rahim Sepahtu meluahkan rasa syukur apabila perniagaan roti canai dan kari kambing yang diusahakannya mendapat sambutan hangat daripada pelanggan.

Menurut Rahim atau nama lengkapnya Rahim Mat Ali, sambutan yang diterima sangat menggalakkan sehingga dia perlu menggunakan sebanyak lima kilogram daging kambing hampir setiap hari sejak memulakan perniagaan sebulan yang lalu.

Advertisement

“Dah hampir sebulan saya berniaga dan perniagaan ini sebenarnya merupakan satu usaha sama bersama rakan. Dia buka satu tempat untuk para peniaga berniaga di situ.

“Alhamdulillah sambut menggalakkan dan setakat ini, tak kurang daripada lima kilogram daging kambing saya gunakan setiap hari,” katanya kepada Gempak.

Berkongsi lanjut, Rahim memaklumkan bahawa pada awalnya dia agak buntu untuk menentukan jenis perniagaan yang sesuai kerana terdapat pelbagai peniaga makanan lain di lokasi berkenaan.

Dia kemudiannya terdetik dan nekad untuk berniaga roti canai kerana itu merupakan makanan yang digemarinya.

“Pada awalnya saya tak tahu nak berniaga apa sebab kita tak nak berniaga makanan sama dengan peniaga di situ.

“Fikir punya fikir dan akhirnya saya terdetik untuk menjual apa yang saya suka makan iaitu roti canai. Jadi saya pilih untuk menjualnya,” katanya lagi.

Walau bagaimanapun, penyampai radio Sinar ini memaklumkan bahawa dia hanya menjalankan operasi dan mempunyai pekerja untuk menebar roti canai.

Ujar Rahim, dia juga telah membuat saringan terhadap kira-kira lima calon sebelum memilih seorang tukang tebar yang dirasakan sesuai untuk perniagaannya.

“Saya iklankan dalam satu kumpulan komuniti. Ada beberapa orang penebar roti yang tengah mencari kerja.

“Jadi saya suruh datang untuk cuba. Itu yang dapat seorang,” tambahnya.

Melihat kepada sambutan yang diterima, Rahim berharap perniagaan tersebut dapat terus bertahan dan berkembang pada masa akan datang.

“Insya-Allah kalau berjaya, saya akan cuba kembangkan. Mungkin lepas ini buka gerai pula.

“Untuk permulaan ini saya sangat bersyukur,” katanya.

Terdahulu, tular satu video memaparkan perniagaan roti canai yang diusahakan Rahim di Jalan Kebun, Selangor.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement