Sekilas
- Rise & Revive 2.0 akan berlangsung pada 13 September 2026 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dengan tiket berharga RM99 termasuk sarapan.
- Acara ini menampilkan jurulatih Pilates Eleza Zaaba, penyanyi jazz Atilia Haron, ikon Pound Fitness Icon Hanis, dan penyanyi Mimifly yang mengetuai sesi senaman dan tarian.
- Program ini sebahagian daripada KLCC Sustainable September, menekankan hubungan antara kesejahteraan diri, komuniti, dan kelestarian alam sekitar.
Rise & Revive kembali pada September ini selepas kejayaan luar biasa edisi sulungnya pada Januari lalu.
Kejayaan penganjuran terdahulu membuktikan bahawa gaya hidup sihat mampu memberi impak positif yang melangkaui individu, selain mencerminkan permintaan yang semakin meningkat terhadap vitaliti yang inklusif, bermakna dan melangkaui kecergasan fizikal semata-mata.
Empat figura terkenal dalam dunia kecergasan dan gaya hidup Malaysia kembali menerajui edisi kedua Rise & Revive.
Edisi kali ini dengan kehadiran wajah baharu iaitu jurulatih Pilates dan Piloxing Elite Star, Eleza Zaaba.
Tidak ketinggalan penyanyi jazz terkenal Malaysia dan ikon kesejahteraan, Atilia Haron akan membuka acara dengan sesi yoga yang menggabungkan pergerakan, kesedaran minda dan muzik bagi menyegarkan tubuh serta minda.
Manakala Master Trainer dan ikon Pound Fitness iaitu Icon Hanis yang dikenali sebagai antara tokoh kecergasan terkemuka negara, akan mengendalikan sesi ‘Pound with Hanis’.
‘Pound With Hanis’ merupakan senaman berintensiti tinggi yang diinspirasikan daripada ritma permainan dram, menggabungkan pergerakan berirama dan teknik pernafasan untuk membantu peserta melepaskan tekanan, membina kekuatan serta mengembalikan keseimbangan fizikal serta mental.
Penyanyi, Mimifly pula akan menutup acara dengan mengetuai sesi ‘Flyjam’, iaitu senaman tarian yang rancak menampilkan lagu-lagu popular dari era 90-an hingga masa kini, sekali gus memastikan para peserta pulang dengan semangat yang diperbaharui serta keyakinan yang lebih tinggi.
Bakal berlangsung pada Ahad, 13 September 2026 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Rise & Revive 2.0 merupakan sebahagian daripada KLCC Sustainable September, sekali gus mengangkat mesej bahawa kesejahteraan diri berkait rapat dengan kesejahteraan komuniti dan kelestarian alam sekitar.
Butiran Acara Rise & Revive 2.0:
Tarikh: Ahad, 13 September 2026
Masa: 7:00AM-1:00PM
Tempat: Kuala Lumpur Convention Centre
Tiket: RM99 seorang (termasuk Sarapan