Skip to main content

Selebriti

Bawa ‘Sekampung’ Untuk Cak Cak Cekuk, Wani Kayrie Bangga Usaha Human Graphic & Penari - “Walaupun Training Dalam 5 Jari Je…”

Bawa ‘Sekampung’ Untuk Cak Cak Cekuk, Wani Kayrie Bangga Usaha Human Graphic & Penari - “Walaupun Training Dalam 5 Jari Je…”

Sekilas

  • Wani Kayrie berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam persembahan lagu Cak Cak Cekuk di AJL40, termasuk 27 human graphic dan penari remaja serta cilik.
  • Walaupun hanya ada lima hari latihan, Wani berpuas hati dengan usaha keras semua pihak dan menghargai sokongan positif dari penonton.
  • Persembahan Wani mendapat perhatian kerana gabungan elemen tradisional dan aksi terbang di udara yang unik dan bertenaga.
Advertisement

Penyanyi, Wani Kayrie meluahkan rasa bangga dan berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan persembahannya menerusi lagu Cak Cak Cekuk di Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40), pada Sabtu.

Difahamkan persembahan itu membabitkan penyertaan seramai 27 ‘human graphic’, selain penari remaja dan cilik yang turut memberikan komitmen menjayakan tarian Cak Cak Cekuk.

Advertisement

Menerusi perkongsian di platform Threads, Wani memaklumkan dia sebenarnya mempunyai pelbagai idea untuk dipersembahkan, namun menyedari setiap perancangan perlu disesuaikan dengan kemampuan yang ada.

Bagaimanapun, dia tetap berpuas hati dengan usaha yang diberikan oleh semua yang terlibat meskipun mereka hanya mempunyai tempoh lima hari untuk menjalani latihan.

“Total performers ada 27 human graphic, 10 penari remaja wanita, 10 remaja lelaki, 10 cilik wanita empat cilik lelaki di AJL40.

“Kalau boleh nak buat macam-macam lagi tapi dalam setiap keinginan, kita mesti belajar untuk ukur baju di badan sendiri.

“Tapi sejujurnya, saya berbangga dengan usaha keras mereka walaupun training dalam lima hari je,” kongsinya.


 

Dalam hantaran yang sama, Wani turut berterima kasih kepada orang ramai atas komen positif yang diberikan terhadap persembahannya selain menghargai seluruh pasukan yang bekerja keras di sebalik tabir.

“Terima kasih di atas komen positif anda dan semua yang terlibat disebalik tabir persembahan ini, anda hebat

“Special thanks kepada Human Graphic dari SMK (P) Sri Aman, PJ (sekolah menengah saya) di atas kesudian memeriahkan lagi persembahan saya semalam.

“Ia adalah satu penghargaan kepada seluruh team TMD68 yang telah menaikkan lagu saya tahun lalu.

“Terima kasih pihak JPN Selangor dan Guru Besar di atas sokongan yang diberikan.

“Nak bawa semua tak dapat, tapi terima kasih adik-adik human graphic lain yang support juga!” coretnya.

Terdahulu, persembahan Wani mencuri tumpuan ramai apabila membawa ‘sekampung’ bersama dalam persembahan penuh bertenaga dan elemen tradisional.

Bukan sekadar menari, Wani juga menunjukkan kemampuannya untuk memberikan persembahan yang lain daripada kebiasaan di mana dia memulakan serta menutup persembahannya dengan terbang di udara.


 


 

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement