Sekilas
- Majlis persandingan Bella Astillah dan Syed Saddiq menjadi tular selepas ucapan penuh bermakna daripada anak sulung Bella, Ayden.
- Ayden menyatakan Syed Saddiq telah membawa kebahagiaan baru dalam hidup ibunya dan menerima dia serta adiknya, Ara, dengan penuh kasih sayang.
- Ucapan Ayden juga mengungkapkan rasa syukur dan sayangnya terhadap pengorbanan serta penjagaan ibunya sepanjang masa.
Majlis persandingan pasangan kesayangan Malaysia, Bella Astillah dan Syed Saddiq yang berlangsung pada Ahad malam menjadi bualan hangat di laman sosial.
Apa yang menarik perhatian wargamaya apabila mendengar ucapan istimewa daripada anak Bella iaitu Ayden yang penuh bermakna.
Menerusi hantaran di Threads, seorang wargamaya menyifatkan Ayden seorang yang matang dan mengetahui semua penderitaan yang dialami ibunya.
“Ayden ucapan awak buat saya menangis. Ayden ini macam dah matang sangat pemikiran dia. Bayangkan dia tau semua penderitaan mummy dia 🥹
“Semoga Ayden dan Ara membesar dgn sihat dan bahagia, kini bahagia milik Ayden dan Ara okey,” tulis individu tersebut.
Menerusi ucapan tersebut, Ayden yang juga anak sulung kepada Bella berkata kehadiran Syed Saddiq benar-benar mengubah kehidupan ibunya menjadi lebih bahagia.
Malah Ayden juga meluahkan rasa syukur apabila Syed Saddiq menerima dia dan adiknya, Ara dengan penuh rasa cinta.
Ayden turut meluahkan rasa sayangnya terhadap Bella yang sentiasa menjaganya dan Ara dengan baik biarpun terpaksa melakukan banyak pengorbanan.
Sumber - Threads