Skip to main content

Selebriti

Bebytora Kongsi Pengalaman Jadi Ibu - “Paling Indah Saya Pernah Rasa, Tak Mudah Nak Mengandung, Nak Bersalin…”

Bebytora pengalaman jadi ibu

Sekilas

  • Bebytora berkongsi pengalaman mengandung dan melahirkan anak sebagai perjalanan paling indah dalam hidupnya walaupun bukan mudah.
  • Dia menghargai kekuatan wanita sebagai ibu dan merasakan segala kesakitan hilang sebaik melihat wajah anaknya buat pertama kali.
  • Setelah menanti selama enam tahun dan berusaha keras, Bebytora akhirnya hamil dan bersyukur atas rezeki yang diterima.

Pempengaruh media sosial, Bebytora menyifatkan pengalaman mengandung dan melahirkan anak sebagai satu perjalanan paling indah yang pernah dilalui sepanjang hidupnya.

Bebytora atau nama sebenar Nor Atierah Zulfatie Zulkiffli berkongsi perkara itu menerusi video pendek yang dimuat naik di platform media sosial miliknya.

Menurut Bebytora, perjalanan kehamilan dan proses bersalin bukanlah sesuatu yang mudah, namun ia membuka matanya terhadap kekuatan luar biasa yang dimiliki oleh wanita bergelar ibu.

“Alhamdulillah saya dah pun selamat melahirkan bahy girl pada 2 Februari baru-baru ini. Setakat ini journey untuk saya mengandung dan bersalin juga bagi saya pengalaman paling indah saya pernah rasa dalam hidup saya.

“Tak mudah nak mengandung, nak bersalin, saya rasa semua ibu ibu dekat dunia ni memang seorang wanita yang sangat sangat kuat, nak melalui proses untuk nak mendapatkan seorang zuriat untuk suami memang pengorbanan yang sangat besar,” kongsinya.

Bagaimanapun katanya, segala kesakitan seolah-olah hilang sebaik sahaja menatap wajah anaknya buat pertama kali.

“Tapi bila lahir sahaja anak tu, semua sakit terus hilang. Terima kasih Ya Allah sebab bagi saya rasa semua ini,” ujarnya.

Untuk info, Bebytora mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Apit pada 11 Mac 2019.

Setelah menanti selama enam tahun, Bebytora akhirnya mendedahkan dirinya hamil.

Bebytora juga meluahkan rasa syukur kerana setelah sekian lama mencuba pelbagai usaha, doa mereka akhirnya dimakbulkan Allah SWT.

Untuk info, TTC atau ‘trying to conceive’ merujuk kepada pasangan yang sedang berusaha untuk hamil.

Ia merujuk kepada fasa di mana pasangan suami isteri aktif mencuba untuk mendapatkan zuriat secara semula jadi.

Anda mungkin berminat dengan

HABIB Songket Collection

HABIB Songket Collection

Corolla Soft New Shoes

Corolla Soft New Shoes

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement