Sekilas
- Bebytora selamat melahirkan anak perempuan sulungnya, Nur Hayfa Ameena, secara pembedahan pada 2 Februari dengan berat 2.96 kg.
- Dia dan suami berkongsi rasa syukur selepas menunggu selama enam tahun untuk menimang cahaya mata.
- Bebytora berharap pasangan yang sedang berusaha untuk hamil (TTC) turut dapat merasai kebahagiaan yang sama.
Pempengaruh media sosial, Bebytora meluahkan rasa syukur selepas selamat melahirkan cahaya mata pertamanya pada 2 Februari lalu.
Berita gembira itu diumumkan sendiri oleh Bebytora atau nama sebenar Nor Atierah Zulfatie Zulkiffli menerusi hantaran terbaharu di platform media sosial miliknya.
Menerusi hantaran itu juga, Bebytora juga turut memaklumkan nama anaknya.
“Alhamdulillah, masya-Allah tabarakallah. Selamat melahirkan baby girl scara ceaser, berat 2.96 kg. Nur Hayfa Ameena anak ibu ayah,” coretnya.
Sementara itu, di Insta Stories miliknya pula, Bebytora memaklum dia dan suami tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja melihat wajah puteri mereka itu.
Kata Bebytora, dia amat bersyukur kerana berkat kesabaran selama enam tahun menantikan zuriat akhirnya dimakbulkan Tuhan.
“Masya-Allah, Tabarakallah anak ibu ayah. Puteri sulung kecil kami, dilahirkan berat 2.96kg. Nangis ibu ayah tengok muka dia dalm bilik OT. Indahnya ciptaan Allah, bau baby sedap.
“Masya-Allah, akhirnya setelah enam tahun ada anugerah terindah dalam hidup kami. Tira tdoakan senua yang sdang TTC dapat merasa semua ini,” tulisnya.
Untuk info, Bebytora mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Apit pada 11 Mac 2019.
Setelah menanti selama enam tahun, Bebytora akhirnya mendedahkan dirinya hamil.
Bebytora juga meluahkan rasa syukur kerana setelah sekian lama mencuba pelbagai usaha, doa mereka akhirnya dimakbulkan Allah SWT.
Untuk info, TTC atau ‘trying to conceive’ merujuk kepada pasangan yang sedang berusaha untuk hamil.
Ia merujuk kepada fasa di mana pasangan suami isteri aktif mencuba untuk mendapatkan zuriat secara semula jadi.