Skip to main content

Selebriti

Bebytora Syukur Dikurniakan Suami Penyayang & Suka Manjakan Isteri - “Dia Tak Pernah Miss Tepuk Bini, Pembawakan Budak…”

Bebytora syukur dapat suami penyayang

Sekilas

  • Bebytora bersyukur dikurniakan suami penyayang yang sentiasa menjaga dan membantu urusan rumah terutama ketika dia hamil.
  • Suaminya mempunyai rutin malam yang konsisten dan tetap romantik walaupun sudah hampir enam tahun berkahwin.
  • Setelah menanti selama enam tahun, Bebytora akhirnya mengumumkan kehamilannya dan berterima kasih atas doa yang dimakbulkan.

Pempengaruh media sosial, Bebytora meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan suami yang penyayang dan sentiasa menjaga dirinya terutama sejak dia hamil.

Menerusi perkongsian di Insta Story miliknya, Bebytora atau nama sebenarnya Nor Atierah Zulfatie Zulkiffli mengakui suaminya memiliki rutin malam yang tidak pernah berubah sejak mereka berkahwin.

Malah, suaminya juga turut membantunya melakukan kerja harian termasuk menyediakan makanan dan mengurus tugas-tugas kecil di rumah

“Setiap malam ini lah rutin suami saya, dia tak prnah miss tepuk bini dia. Pembawakan budak sama kot memang nak suami ada sbelah, nak dodoi semua ada lah.

“Terima kasih suami saya, apa nak makan smua dia bawa, nak buat apa pun dia yang buat, banyak kerja ringan sebab suami buat semua.

“Cuma part masak tu ja dia tak pandai tapi nasib baik isteri boleh masak lagi,” kongsinya.

Walaupun sudah hampir enam tahun melayari bahtera rumah tangga, Bebytora berkata sikap romantik suaminya masih kekal seperti awal perkahwinan.

“Terima kasih selalu manjakan isteri, tetap sweet wlaupun dah dekat enam tahun kahwin.

“Masih melawak macam kawan-kawan, jadi kawan baik, selalu sembang dengan isteri. Saya ni tak pernah sunyi lah ada suami lawak macam ni.

“Tapi kadang dia buat lawak bodo saya buat buat gelak ja lah haha walaupun annoying,” luahnya.

Lebih menyentuh hati, Bebytora memaklumkan suaminya jarang melepak dan lebih gemar menghabiskan masa di rumah lebih-lebih lagi sejak dia berbadan dua.

“Kalau nak keluar pun mesti balik rumah cepat cepat. Kalau niaga pun mesti balik cepat sebab isteri tunggu di rumah.

“Dari awal kahwin sampai sekarang tak lepak dengan kawan lama-lama, mesti balik untuk isteri. Sekarang isteri mengandung, lagi payah tengok dia lepak atau keluar kecuali pergi buat kerja lah.

“Terima kasih untuk segalanya suami, saya tak pernah cakap tapi saya memang tak boleh awak tak ada tau dan saya syukur sangat ada awak dalam hidup saya,” ujarnya.

Untuk info, Bebytora mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Apit pada 11 Mac 2019.

Setelah menanti selama enam tahun, Bebytora akhirnya mendedahkan dirinya hamil.

Bebytora juga meluahkan rasa syukur kerana setelah sekian lama mencuba pelbagai usaha, doa mereka akhirnya dimakbulkan Allah SWT.

Must-Watch Video

Advertisement