Skip to main content

Hiburan

Beg Tak Hangus, Rezeki Pun Datang: Christy Ng Mahu Bantu  Mangsa Kebakaran

Astrogempak CHRISTY NG

Sekilas

  • Usahawan media sosial Christy Ng meluahkan simpati kepada Ain yang kehilangan rumah dalam kebakaran di Gerik, Perak.
  • Christy terkejut beg tangannya masih elok dan RM30 duit raya dalam beg itu terselamat dari kebakaran.
  • Christy dan pasukannya berjanji akan membantu Ain dan keluarganya meringankan beban selepas kejadian tersebut.

Usahawan dan personaliti media sosial, Christy Ng meluahkan rasa simpati terhadap seorang wanita yang diikenali sebagai Ain selepas berdepan detik sukar apabila rumahnya musnah dalam satu kebakaran baru-baru ini. 

Menerusi satu hantaran di Instagram, Christu akui terkejut selepas melihat video tersebut dan apa yang menarik perhatiannya adalah beg tangan jenamanya itu berada dalam keadaan separa baik meskipun rumah telah hangus dijilat api. 

“Christy nak mengucapkan salam takziah kepada Ain dan keluarga disebabkan rumah yang terbakar di Gerik, Perak. So bila Christy ternampak video tu, memang Christy sangat terkejut dan Christy harap Ain dan keluarga akan tabah menghadapi dugaan ini. 

“Antara yang menarik perhatian Christy di sini adalah beg tangan Christy Ng yang berada di dalam rumah waktu kebakaran. Tapi Ain boleh terjumpa RM30 duit raya yang masih berada dalam keadaan yang elok. So Christy percaya ini adalah isyarat daripada Tuhan untuk Christy datang bantu. Christy percaya dalam rezeki Christy tertulis juga nama Ain. Jadi Christy akan potong gaji dia orang (berseloroh) untuk salurkan kepada saudari,” katanya.

Dalam pada itu, Christy juga memaklumkan dia dan pasukannya akan berusaha sedaya upaya untuk meringankan beban yang ditanggung oleh Ain dan keluarga.

“Team Christy akan cuba sedaya upaya untuk bantu Ain. Christy sentiasa doakan Ain dan keluarga sentiasa sihat, selamat dan tabah menghadapi dugaan ini. Christy tak sabar untuk berjumpa nanti,” tambahnya. 

Menerusi perkongsian tersebut, Christy juga dilihat sempat berbual dengan mangsa dan bertanyakan keadannya sekarang. 

Terdahulu, seorang pengguna di TikTok mencuri perhatian ramai selepas berkongsi duit raya miliknya terselamat dalam sebuah kebakaran.

Lebih mencuit hati, wang berjumlah RM30 itu dilaporkan tidak hangus kerana disimpan di dalam beg Christy Ng.

Wanita tersebut turut memuji ketahanan beg berkenaan yang mampu melindungi barang di dalamnya.

Anda mungkin berminat dengan

Corolla Soft New Shoes

Corolla Soft New Shoes

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

My Ballerine Jenny Comfy Sandals

My Ballerine Jenny Comfy Sandals

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

HABIB Songket Collection

HABIB Songket Collection

Must-Watch Video

Advertisement