Sekilas
- Adib Aidil, personaliti media sosial dan juruterbang, mengumumkan perkahwinannya dengan Dyra melalui Instagram Story.
- Video momen perkahwinan mereka dikongsi dengan kapsyen "The beginning of a lifetime love story. Adib and Dyra."
- Adib mula dikenali selepas video reaksinya menjual pisang goreng cheese menjadi tular dan mendapat perhatian ramai.
Personaliti media sosial dan juruterbang, Adib Aidil melangkah ke fasa baharu dalam kehidupannya apabila mengumumkan telah mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihan hatinya, Dyra.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Adib atau nama lengkapnya, Abdul Adib Aidil menerusi satu hantaran di Instagram Story pada Jumaat.
Menerusi perkongsian tersebut, Adib memuat naik video yang dipercayai memaparkan momen istimewa perkahwinan mereka.
“The beginning of a lifetime love story. Adib and Dyra.” tulisnya dalam video tersebut.
Bagaimanapun, Gempak telah cuba mendapatkan pengesahan lanjut daripada pihak pengurusan Adib berhubung perkongsian tersebut, namun setakat ini masih belum menerima sebarang maklum balas rasmi.
Terdahulu, nama Adib mula dikenali selepas tular video reaksinya “Biasa, biasa maksudnya” ketika menjual pisang goreng cheese kepada pelanggan.
Video itu turut mendapat perhatian ramai dan ramai yang mula membuat parodi.
Sumber: Instagram Story Adib Aidil