Skip to main content

Hiburan

“Behar Sumpah Kamal Agar Dapat Nasib Baik Seperti Fattah Selepas…” - Azhar Sulaiman

Azhar Sulaiman

Sekilas

  • Pelakon Azhar Sulaiman mendoakan agar Kamal Adli mendapat nasib baik selepas berpisah seperti Fattah.
  • Kamal Adli mahu mempertahankan rumah tangga dengan Uqasha Senrose, namun Uqasha nekad untuk bercerai.
  • Uqasha memfailkan permohonan cerai pada 1 Oktober lalu selepas mereka berkahwin pada November 2021 dan mempunyai seorang anak perempuan.

Kemelut rumah tangga pasangan pelakon Uqasha Senrose dan Kamal Adli turut mendapat perhatian rakan selebriti antaranya aktor Azhar Sulaiman. 

 

Azhar yang menggelarkan dirinya sebagai Behar mendoakan agar nasib menjadi lebih baik Kamal seperti aktor Fattah Amin selepas berpisah. 

 

“Ok la… dengan ini Behar sumpah Kamal Adli agar mendapat nasib yang baik seperti Fattah selepas bercerai... Aminnnn,” katanya. 

 

Rata-rata netizen turut menyokong kenyataan Azhar yang meninggalkan komen di artikel mengenai Kamal yang mahu mempertahankan rumah tangga manakala Uqasha nekad bercerai. 

 

Bukan sahaja Azhar, pelakon Ellie Suriaty turut memberi kata semangat kepada Kamal menerusi Instastory miliknya. 

 

“Allah SWT Maha Segalanya. Hari lelaki sedunia buatmu adikku yang baik Kamal Adli,” tulisnya. 

 

Sebelum ini, Kamal ketika ditemui media di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Rabu berkata dia tetap mahu mempertahankan rumah tangga dengan Uqasha. 

 

Bagaimanapun Uqasha mahu meneruskan perceraian. 

 

Untuk rekod, Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 1 Oktober lalu.

 

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 dalam majlis pernikahan di Janda Baik, Pahang, dan dikurniakan seorang anak perempuan, Hawra Uqaira berusia setahun sembilan bulan.

Must-Watch Video

Advertisement