Sekilas
Bekas isteri kepada pemenang pingat emas Sukan Para ASEAN, Anas Zul Amirul Sidi, iaitu Suffi Sofea, mempersoalkan bagaimana atlet itu mendapat kebenaran bernikah semasa dirinya masih dalam tempoh iddah.
Menerusi satu perkongsian di Threads, Suffi mendakwa dirinya masih berada dalam iddah talak rajie dan belum suci kali kedua.
“Assalamualaikum. Selamat pengantin baru ex-husband. Tak ajak anak ke datang majlis nikah kau?
“Aku masih iddah talak rajie, belum suci kali ke-2 lagi. Pejabat agama mana boleh luluskan perkahwinan diorang ni?,” tulisnya.
Suffi turut mengakui dirinya berdepan gangguan emosi apabila menerima gambar majlis pernikahan bekas suami yang dihantar oleh kakak Anas.
“Saya dapat gambar tu daripada kakak Anas. Tak tahu dia sengaja nak bagi saya nampak ke tidak. Terus rasa emosi dan dapat anxiety attack bila tengok gambar tu sebab nafkah anak bulan ni masih tertunggak RM200.
“Dalam masa yang sama, banyak kes mahkamah masih on going,” tulisnya.
Suffi turut meluahkan kekesalan apabila mengimbau kembali keputusan menyerahkan hantaran kosong ketika mereka berkahwin dahulu.
“Haaa kenangan lama! Menyesal letak zero hantaran even I ada degree,” katanya.
Sebelum ini, Suffi mengesahkan bahawa dia dan Anas sah bercerai talak satu pada 17 September lalu selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga. Perceraian tersebut disahkan di Mahkamah Syariah.
Setakat ini, Anas belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan bekas isterinya.

Sumber: Threads