Skip to main content

Hiburan

Bekas Suami Mengaku Gay Lepas 13 Tahun Kahwin, Personaliti TV Kini Temu Bahagia Dengan Model

dvffdvdfv

Sekilas

  • Bekas pemandu F1, Ralf Schumacher, mengaku dirinya seorang homoseksual selepas berpisah dengan bekas isteri, Cora Schumacher.
  • Cora kini menjalinkan hubungan cinta dengan model Amerika Syarikat, Steven Bo Bekendam, dan berkongsi kebahagiaan mereka di Instagram.
  • Ralf dan Cora berkahwin pada 2001, bercerai pada 2015, dan mempunyai seorang anak lelaki bersama.

Bekas pemandu Formula Satu (F1), Ralf Schumacher mencuri perhatian ramai selepas tampil membuat pengakuan terbuka mengenai orientasi seksualnya dan mengakui dirinya seorang homoseksual.

Pengakuan yang dibuat kira-kira 18 bulan lalu itu mengakhiri spekulasi mengenai kehidupan peribadinya selepas berpisah dengan bekas isterinya, Cora Schumacher.

Terkini, Cora, 49, dilaporkan telah menemui kebahagiaan baharu apabila menjalinkan hubungan cinta dengan seorang model lelaki dari Amerika Syarikat, Steven Bo Bekendam, 43.

Personaliti televisyen Jerman itu berkongsi berita gembira tersebut menerusi Instagram apabila memuat naik foto bersama pasangan baharunya di Wichita Falls, Texas, iaitu kampung halaman Steven.

“Dia memberi saya ketenangan, dia memberi saya harapan, dia membuatkan saya percaya semula.

“Dialah ‘Bible’ di sisi katil saya, baju-T yang saya pakai, lagu yang bermain di kepala. Dia kukuh, tenang dan benar-benar seorang insan yang baik,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Hubungan baharu itu tercetus selepas berbulan-bulan pertelingkahan terbuka antara Cora dan Ralf, 50, yang juga adik kepada legenda F1 tujuh kali juara dunia, Michael Schumacher.

Sebelum ini, Cora pernah mencetuskan sensasi apabila membakar gaun perkahwinan pereka jenama mewah miliknya di televisyen, selain menuduh Ralf melakukan manipulasi psikologi dan mendakwa dirinya ‘digunakan’ sepanjang 13 tahun perkahwinan mereka.

Untuk rekod, Ralf Schumacher dan Cora mendirikan rumah tangga pada tahun 2001 sebelum bercerai pada 2015. 

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki.

 

Sumber: Dailymail.co.uk

Anda mungkin berminat dengan

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

Must-Watch Video

Advertisement